Cara Mohon Bantuan Tunai Budi RM2000

Cara Mohon Bantuan Tunai Budi RM2000

Cara Mohon Bantuan Tunai Budi RM2000 – Cara mohon Bantuan Tunai Budi RM2000 untuk yang tergolong dalam golongan B40 & M40. Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah telah buka pendaftaran untuk permohonan bantuan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk kanak-kanak di Sabah iaitu Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) 2023.

Bantuan Budi
Pemohon yang layak akan menerima jumlah bantuan berikut:

– Peringkat Diploma/ Asasi/ Matrikulasi: RM1,500
– Peringkat ijazah sarjana muda: RM2,000

BUDI adalah bantuan untuk anak Sabah yang bakal memasuki IPT di peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi dan Sarjana Muda.

Bantuan ini dilaksanakan bagi menggalakkan lebih ramai anak Sabah melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di IPTA dan IPTS.

Anak-anak Sabah yang berminat untuk memohon bantuan ini boleh memohon secara online.

Cara Mohon Bantuan Tunai Budi RM2000

Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon yang ingin memohon BUDI hendaklah memenuhi syarat permohonan berikut:

– Permohonan dibuka kepada pelajar/pemohon yang akan menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi awam atau swasta pada tahun 2023, memasuki institusi pengajian tinggi Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia) buat kali pertama dan menerima pengiktirafan kerajaan.
– Pemohon mestilah warganegara Malaysia dari negeri Sabah dan di bawah umur 25 tahun.
– Ibu bapa atau penjaga pemohon berada di bawah B40 dan M40.
– Pemohon telah menerima pengesahan kemasukan ke IPT.

Cara Permohonan Bantuan Budi
Untuk memohon bantuan ini, sila ikuti langkah di bawah:

– Layari laman web https://budi.sabah.gov.my/.
– Klik butang “Permohonan”.
– Klik butang “Daftar” di sebelah kanan skrin.
– Isikan maklumat dengan lengkap, kemudian klik dan klik butang “Daftar”.
– Masukkan nombor ID berdaftar dan kata laluan anda untuk log masuk.
– Isikan maklumat yang diperlukan.
– Kemudian sediakan dokumen sokongan.
– Hantar permohonan selepas memuat naik semua maklumat dan dokumen.

bantuan budi

Cara Mohon Bantuan Tunai Budi RM2000

Fail/ Dokumen Yang Diperlukan

– Salinan sijil kelahiran pemohon dan ibu bapa/penjaga.
– Salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga.
– Slip gaji ibu bapa/Penjaga (jika bekerja) atau salinan surat pengesahan pendapatan pegawai daerah/ketua kampung (disahkan sahih oleh majikan/pegawai daerah/ketua kampung).
– Salinan sijil SPM/STPM/STAM/diploma.
– Salinan surat kemasukan daripada institusi pengajian tinggi tempat pemohon diterima masuk.
– Salinan muka depan penyata akaun pemohon.

Info Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai BUDI, sila hubungi Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Tugas-Tugas Khas) di talian 088-369 872.

Semak Juga: Sesi sekolah kembali bermula Januari pada 2026

Mohon Juga: Rumah Sewa PPR : Permohonan Serendah RM124 Sebulan

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Leave a Comment