Cara Mohon Bantuan OKU RM500 terkini

Cara Mohon Bantuan OKU RM500 terkini Setiap bulan untuk warga Malaysia bagi golongan B40 DAN M40 – Mohon Sekarang!

Cara Mohon Bantuan OKU RM500 terkini – Cara Mohon Bantuan OKU RM 500 Sebulan. Untuk pengetahuan anda. DI Malaysia , terbahagi tiga bantuan khusus untuk golongan kurang upaya (OKU) di JKM .

Bantuan ini memberikan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU), Bantuan Oku Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT).

Ketiga-tiga bantuan ini adalah diuruskan oleh sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan utama kerajaan memberikan bantuan ini adalah bertujuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Berikut merupakan jumlah bantuan yang akan diberikan kepada mereka yang layak :

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU): RM450 Sebulan Seorang
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB): RM300 Sebulan Seorang
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT): RM500 Sebulan Seorang

Kepada mereka yang ingin memohon bantuan ini, Anda hendaklah memenuhi segala syarat seperti berikut:

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU):

Warganegara, bermastautin dan berkerja di Malaysia
Berumur 16 tahun dan ke atas
Pemegang kad OKU JKM
Pendapatan bulanan RM1,500 dan ke bawah
Atau mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB):

Warganegara dan bermastautin di Malaysia
Berumur 16 tahun dan ke atas
Pemegang kad OKU JKM
Tidak berupaya bekerja
Pemohon bukan penghuni / pelatih Institusi kendalian JKM, pusat jagaan harian / berkediaman yang menyediakan perkhidmatan secara percuma, Program Pemulihan Dalam Komuniti
Sumber kewangan (pencen, perkeso, bantuan dll) bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT):

Warganegara, bermastautin di Malaysia
Pemohon adalah penjaga sepenuh masa / memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar / pesakit terlanta / pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan.
Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Cara Membuat Permohonan
Disini adalah cara untuk membuat permohonan :

Anda perlu hadir ke pejabat jabatan kebajikan malaysia dan membawa dokumen seperti berikut:

Kad pengenalan pemohon
Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
Salinan penyata gaji (jika ada)
Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan

Borang Berkaitan:

Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun
Borang Permohonan pendaftaran OKU Pindaan 2019 – Muat Turun

Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran anda.

Bantuan OKU

 

Leave a Comment