Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak RM200
Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak RM200. Panduan Pemohonan Bantuan RM200 Secara One-Off Untuk Kanak-Kanak. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak RM200
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
iSejahtera merupakan sistem yang dibangunkan untuk melancarkan pengurusan penyaluran pelbagai bantuan kebajikan dan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Pulau Pinang.
Antara bantuan yang disalurkan melalui iSejahtera adalah Penghargaan Warga Emas, Bantuan Ibu Tunggal, Bantuan OKU, Anak Emas dan Bantuan Teksi & Bas Sekolah.
Bantuan Anak Emas melibatkan sumbangan kewangan sebanyak RM200 secara ‘One-Off’ kepada mereka yang layak.
Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak RM200
BACA JUGA:
Berita Gembira, MYSTR FASA 4 Dikreditkan Lebih Awal
Tarikh & Jadual SPM 2023-2024 – Lembaga Peperiksaan Malaysia
Syarat Permohonan Bantuan RM200 Anak Emas
Berikut adalah syarat permohonan Bantuan RM200 Anak Emas ini:
Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
Pendaftaran perlu dilengkapkan sebelum anak berumur 2 tahun.
Salah seorang ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
Cara Permohonan Bantuan RM200 Anak Emas
Berikut adalah cara permohonan Bantuan RM200 Anak Emas :
Pendaftaran secara online boleh melayari laman web rasmi iSejahtera di https://isejahtera.penang.gov.my/
Pendaftaran secara manual boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR dan kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN
Salinan Sijil Kelahiran anak.
Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa.
Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR
Semakan Status Permohonan Bantuan RM200 Anak Emas
Semakan status permohonan Bantuan RM200 Anak Emas boleh dibuat melalui sistem iSejahtera atau dengan menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699 / 5700 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing
Berkenaan dengan tarikh pembayaran, ia akan dilaksanakan secara berperingkat. Untuk membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun.
Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkara tersebut, anda boleh layari laman web – DISINI
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.