Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin RM450 Tahun 2022

Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin RM450 Tahun 2022

Berikut ini adalah cara memohon bantuan ibu bersalin sebanyak rm450 untuk tahu 2022 terkini. Semak syarat-syarat untuk memohon bantuan dan

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian sebanyak RM450.00 dalam bentuk tunai kepada setiap ibu berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus ‘K’ yang melahirkan anak bagi membantu keperluan ibu selepas melahirkan anak seperti pemakanan sihat serta penjagaan diri semasa tempoh berpantang, bermula tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

Bantuan Ibu Bersalin

Baca sini: Semakan Tarikh Pembayaran BKM Fasa3

Baca juga: Permohonan Bantuan RM1000 Untuk Anak Yang Lahir Bermula Tahun 2020

Syarat-syarat Permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan yang diperlukan sebelum memohon bantuan ibu bersalin ini. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia seterusnya, Ibu juga adalah pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection). Selain itu, ibu yang melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak serta Permohonan pemohon boleh dibuat apabila kandungan mencapai usia 22 minggu dan ke atas sehingga 3 bulan selepas bersalin.

Bantuan Ibu Bersalin

Kaedah Permohonan

Berikut ini adalah cara membuat permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) yang boleh dibuat melalui secara Online di aplikasi iSarawakCare atau Memuat turun aplikasi/app di Google Play Store dan Apple App Store. Jika anda mempunyai maklumat Lanjut berkenaan bantuan ibu bersalin ini anda boleh layari pautan rasmi di sini (https://isarawakcare.sarawak.gov.my)

Perohonan manual juga boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak atau Pejabat Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin, MASJA II (Kuching sahaja). Borang Permohonan boleh dimuat turun di pautan http://bit.ly/borangbib2022

Makluman Pemohon:

Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi bermula tahun 2020 dan permohonan ini hanya sah bagi tempoh enam (6) bulan dari tarikh anda memohon. Sekiranya tiada dokumen lengkap yang diterima dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan ditolak secara automatik tanpa sebarang notifikasi dihantar; dan permohonan yang tidak lengkap dari segi dokumen tidak akan diproses. Bagi semakan status Bantuan Ibu Bersalin, sila hubungi kami di e-mel: [email protected] atau rujuk dalam aplikasi iSarawakCare.

Bantuan Ibu Bersalin

KLIK DI SINI untuk mengetahui lnfografik Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari iSarawakCare

Dokumen-dokumen Sokongan

Semua permohonan wajib disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:

1) Salinan kad pengenalan / pasport Ibu;
2) Salinan kad pengenalan / pasport pasangan atau penjaga;
3) Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus ‘K’;
4) Salinan buku rekod kesihatan ibu;
5) Salinan penyata akaun bank terkini; dan
6) Salinan nota discaj atau sijil lahir bayi atau surat pengesahan mengandung 22 minggu ke atas daripada pegawai perubatan.

Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Join Telegram Myinfokerja untuk info info bantuan kerajaan tahun 2022.

Leave a Comment