Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin 2023
Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin 2023 –
Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Bantuan Ibu Bersalin
YAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019 telah mengumumkan Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450.00 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020.
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah diamanahkan untuk menguruskan Bantuan Ibu Bersalin (BIB).
Permohonan terbuka kepada semua rakyat Sarawak yang bakal bergelar ibu.
Anda boleh memohon bantuan ini setiap kali anda bersalin dengan syarat permohonan mesti dibuat sebelum usia bayi menjejak 3 bulan kelahiran.
Syarat Kelayakan
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Ibu pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
(iii) Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
(iv) Usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas.
Borang yang lengkap diisi mestilah dihantar ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat/ Pejabat Residen/ Pejabat Daerah/ Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWKPK.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda melakukan permohonan secara dalam talian, maka segala dokumen sokongan hanya perlu dilampirkan sekali ketika mengisi borang secara dalam talian.
Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin 2023
Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin 2023
Cara Memohon
Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, anda bolhe buat permohonan BIB boleh dibuat secara manual atau online (online) seperti berikut:
– Online melalui pautan ini http://isarawakcare.sarawak.gov.my/mohon-sekarang atau
– Manual melalui Borang Permohonan
Borang Permohonan boleh didapati melalui kaedah berikut:
Boleh dimuat turun di pautan https://drive.google.com/file/d/1p32HKRZG08LWM2GtQ6XXm67Svm6_HOon/view atau
Boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lebih teliti dan lengkap berkenaan inisiatif ini, anda boleh layari laman web rasmi – DISINI
Semak Juga: CARA DAPATKAN SEMULA SIJIL SECARA ONLINE 2023
Mohon Juga: Bantuan Kewangan RM180 Bagi Meringankan Beban
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.