Cara Mohon Bantuan EFS – Kelahiran Anak 2022

Bantuan EFS

Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk memohon bantuan EFS untuk ibu yang melahirkan anak bermula pada tahun 2020-2022

Bantuam EFS merupakan simpanan untuk anak kelahiran Sarawak yang bertujuan membantu anak Sarawak sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, memulakan kerjaya atau sebagai modal perniagaan kecil-kecilan.

 

Mohon Bantuan EFS

Semak Tarikh Tutup Permohonan Bantuan-Bantuan Kerajaan 2022

Cara Permohonan Bantuan EFS

Permohonan boleh dibuat di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak dengan membawa:

  • Borang permohonan EFS – Muat Turun Borang
  • Salinan sijil kelahiran bayi
  • Salinan MyKAD/Biometrik ibu bapa berstatus “K”.
    * Salinan hendaklah disahkan oleh pegawai JPN

Jumlah Bantuan EFS

Mohon Bantuan EFS

Jumlah bantuan yang diberikan ialah RM1,000 dalam bentuk simpanan.

Syarat Kelayakan Bantuan EFS

Berikut adalah syarat kelayakan untuk bantuan :

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
    Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa pemegang MyKAD berstatus “K”; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran.

Kategori anak angkat:

  • Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus “K”.
  • Mempunyai Sijil Anak Angkat yang sah

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, layari laman web isarawakcare atau hubungi talian KPWKK di 082-442050

Sumber: Portalsemakan

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Myinfokerja.com

Leave a Comment