Cara Mohon Bantuan BKPKK RM3,600
Cara Mohon Bantuan BKPKK RM3,600 – Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan khas telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya Bantuan Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada mereka yang layak.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan ini:-
Bantuan daripada BKPKK
Salah satu bantuan di bawah KPM ialah Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) sebanyak RM3,600 setahun.
Bantuan ini melibatkan kadar RM300 sebulan untuk dua semester pengajian atau 12 bulan. Juga dimaklumkan, pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima BKPKK ini.
Syarat kelayakan
Pemohon mestilah warganegara Malaysia
BKPKK hanya diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang, yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil)
Pelajar yang layak mendapat BKPKK ialah pelajar yang mempunyai ibu bapa/penjaga yang sah yang ibu bapanya mempunyai pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin)
Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga
Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain sepanjang tempoh program.
Cara memohon
Bagi yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BKPKK boleh dikemukakan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.
Pelajar mesti memperoleh PNGK sekurang-kurangnya 2.0 untuk layak mendapat bantuan kewangan pada semester kedua.
Sekiranya PNGK yang ditetapkan pada semester pertama tidak tercapai, maka BKPKK akan ditamatkan serta-merta bagi pelajar terbabit.
Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.
Mohon Juga Bantuan Ini