Bagi Golongan B40 yang belum memohon bantuan bingkas rm300 di bawah kerajaan negeri selangor. Ini adalah cara permohonan bantuan yang dapat kami kongsikan mengikut syarat yang ditetapkan kerajaan negeri selangor ini. Semak di bawah ini lebih lanjut tentang bagaimana cara dan syarat-syarat keperluan yang diperlukan sebelum anda membuat sebarang permohonan bantuan bingkas rm300 ini.
Terdapat sebuah permohonan bantuan B40 berjumlah RM 300 yang bertujuan untuk membantu serta meringankan beban setiap penerima yang layak termasuklah ibu tunggal. Dan bantuan itu adalah dikenali sebagai bantuan BINGKAS atau Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor yang diberikan kepada rakyat Selangor khususnya kepada golongan b40 bagi yang berkelayakan memohon insentif ini.
Tujuan utama bantuan ini adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak. Bantuan ini juga merupakan sebuah bantuan yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada Belanjawan 2022. Sebanyak RM 108 juta Kerajaan Selangor telah memperuntukkan bantuan ini bagi membantu seramai 30,000 isi rumah atau keluarga yang layak serta tidak terkecuali membantu seperti golongan ibu tunggal ini. Dan berikut adalah Cara untuk memohon bantuan bingkas rm300 ini. Semak di bawah ini dengan lebih lanjut.
Baca sini: Semakan Status Bantuan Khas Belia RM150
Baca Juga: Wang Simpanan KWSP Dalam Tahap Kritikal
CARA MEMOHON BANTUAN BINGKAS RM300
Untuk membuat permohonan, sila rujuk laman rasmi BINGKAS. Anda perlu menekan DAFTAR PERMOHONAN dan masukkan nombor telefon anda. Sekiranya anda penerima KISS, anda perlu kemas kini nombor telefon terlebih dahulu. Seterusnya, sila lengkap butiran yang diperlukan termasuklah nama, nombor kad pengenalan dan lain-lain.
👉(Klik pautan rasmi paling bawah sekali untuk memohn permohonan bantuan ini)👈
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan BINGKAS dibuka kepada Warganegara Malaysia yang lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun serta pemilih yang berdaftar di Selangor. Tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah dan pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 sebulan juga layak memohon.
SYARAT PENDAFTARAN
Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran ahli sebelum membuat sebarang pendaftaran permohonan bantuan bingkas rm300 ini.
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-Anak / Tanggungan)
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa / ibu tunggal)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
- Salinan slip gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperi ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
- (Mohon di sini)
Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Join Telegram Myinfokerja untuk info info bantuan kerajaan tahun 2022.