CARA MEMOHON UNTUK PENCARUM YANG LAYAK
CARA MEMOHON UNTUK PENCARUM YANG LAYAK – Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2). Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan fasiliti ini: –
CARA MEMOHON UNTUK PENCARUM YANG LAYAK
Pengeluaran Bersyarat KWSP
Untuk makluman, Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah sebuah program yang membenarkan para ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun untuk membantu mereka mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
Melalui fasiliti ini, ia membolehkan ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 mereka untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan tertentu.
Bayaran pengeluaran kemudiannya hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli.
Syarat-syarat Kelayakan
-Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun;
-Warganegara Malaysia;
-Permohonan adalah sekali sahaja;
-Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan;
-Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP;
-Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh -institusi perbankan).
CARA MEMOHON UNTUK PENCARUM YANG LAYAK
Cara Memohon
Kepada mereka yang bermimat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan inisiatif ini boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian dengan tatacara di bawah:
Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian;
Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan;
Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.
Buat masa ini, MBSB Bank Berhad telah memperkenalkan pembiayaan peribadi patuh syariah yang dikenali sebagai Ihsan-i EPF Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) dengan kadar pembiayaan RM3,000 hingga RM50,000.
Sebuah lagi institusi perbankan adalah Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui Pembiayaan Peribadi BSN MyRinggit Insan-i khas untuk ahli KWSP.
Had Pembiayaan Minimum adalah sebanyak RM3,000 sehingga maksimum RM50,000.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan fasiliti ini, sila rujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.
Untuk Semakan: Apa Khabar Pengeluaran KWSP 2.0?
CARA MEMOHON UNTUK PENCARUM YANG LAYAK
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. CARA MEMOHON UNTUK PENCARUM YANG LAYAK