cara memohon Rumah Sewa PPR bulanan RM160 – RM250 yang sedang dibuka
cara memohon Rumah Sewa PPR bulanan RM160 – RM250 yang sedang dibuka – Antaranya termasuklah Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa yang merupakan program Kerajaan untuk penempatan semula kawasan setinggan dan memenuhi keperluan perumahan golongan berpendapatan rendah.
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri sebagai dalam usaha membantu mereka yang memerlukan. -Semak juga: Syarat Kelayakan Bantuan Lesen Memandu B40
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.
Semua rumah yang dibina di bawah Sewa PPR ini akan menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan untuk Rumah Pangsa Kos Rendah (CIS2).
Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat, Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres, Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
Terdapat Rumah Sewa PPR yang dibina dengan 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air, Kemudahan Asas: Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai, Surau/Ruang Solat, Gerai Makan/Ruang Niaga, Tadika, Kemudahan OKU, Taman Permainan/Kawasan Lapang dan Rumah Sampah.
Untuk syarat kelayakan adalah Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia; yang Berumur 18 tahun ke atas. Selain itu, Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan dan Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terdapat empat projek Rumah PPR Disewa yang sedang dibuka ketika ini dengan kadar sewa dari RM160 hingga RM250.
Manakala cara memohon menurut maklumat dari Portal TEDUH adalah – Permohonan PPR Disewa boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Sistem Pengurusan Perumahan Negara. – Rumah Sewa PPR
Senarai projek PPR Disewa yang sedang dibuka boleh dirujuk DI SINI, dan permohonan pula boleh dikemukakan DI SINI.