Cara memohon Rumah Mesra Rakyat subsidi RM20,000

Cara memohon Rumah Mesra Rakyat subsidi RM20,000

Cara memohon Rumah Mesra Rakyat subsidi RM20,000 – RMR adalah sebuah program bina rumah yang diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Di bawah Bajet 2022, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa kerajaan akan meneruskan projek-projek perumahan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah seperti Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Setiap RMR, ia akan dilengkapi 3 bilik tidur dan 2 bilik air, dengan keluasan rumah dari 1,000 KPS, 850 KPS, 750 KPS, dan 900 KPS.

Setiap rumah juga akan datang dengan subsidi pembinaan sebanyak RM20,000 dari pihak kerajaan. Untuk gambaran lebih jelas berkenaan cara pelanksaan RMR, boleh rujuk rajah di bawah:

 Rumah Mesra Rakyat

Dokumen-dokumen Diperlukan Rumah Mesra Rakyat;

-Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
-Salinan kad pengenalan tuan tanah.
-Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
-Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
-Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*.
-Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*.
-Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
-Salinan sijil nikah pemohon.
-Borang laporan tapak bergambar.

Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat;
Bagi yang ingin memohon RMR, ia boleh dibuat secara atas talian (online) dengan tatacara berikut:

Langkah 1: Buka laman web RMR Online (Rumah Mesra Rakyat).
Langkah 2: Klik pendaftaran baru – isi borang pendaftaran login dengan lengkap.
Langkah 3: Penerimaan login id dan kata laluan – kata laluan akan dihantar kepada pemohon.
Langkah 4: Log masuk ke laman utama – gunakan login id (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan rmr.
Langkah 5: Melengkapkan borang online – isi maklumat ke dalam sistem.
Langkah 6: Selesai mengisi borang online – klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang.
Langkah 7: Majukan borang dan dokumen kepada SPNB – memajukan borang beserta dokumen ke pejabat cawangan SPNB yang berdekatan.
Langkah 8: Semakan dan penilaian oleh pihak spnb – maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.

Syarat-syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat;

-Warganegara Malaysia.
-Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
-Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.
-Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri/atau memiliki rumah usang/tidak sempurna.
-Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
-Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
-Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

Syarat tambahan: Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan. Manakala, pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.

 

Selain itu, borang permohonan juga boleh diambil di di cawangan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan dimajukan kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.

 Rumah Mesra Rakyat

BACA JUGA INFO: Berita Baik Buat Pencarum KWSP Dalam Masa Terdekat

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Leave a Comment