Cara Memohon Permohonan Rumah PPR 2022
Cara Memohon Permohonan Rumah PPR 2022. Permohonan Rumah PPR. Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan sebuah program untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan yang tidak berkemampuan ataupun berpendapatan rendah.
Semua rumah yang dibawah dibawah program PPR 2022 akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).
Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah sebuah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. Berikut kami kongsikan maklumat terperinci dan cara untuk membuat permohonan.
Permohonan rumah ppr 2022 ini hanya boleh dilakukan di atas talian sahaja. Permohonan secara manual tidak diterima buat masa sekarang. Dan berikut adaah langkah-langkah permohonan bantuan rumah ppr.
– Langkah permohonan yang pertama adalah, Layari laman Web SPRN di https://sprn.kpkt.gov.my/user/register dan Daftar maklumat anda di laman web tersebut dengan memasukkan nama penuh, kad pengenalan dan emel anda.
– Setelah selesai memasukkan maklumat, anda perlu log masuk ke portal SPRN, Pilih Skim mengikut kelayakan anda dan Lengkapkan maklumat permohon dengan tepat dan sahih.
– Semakan status permohonan anda boleh dibuat di portal https://spkpm.lphs.gov.my/check. Pilih projek (PPR disewa atau PPR dimiliki) serta Muat naik dokumen sokongan yang diminta. Buat pengesahan dan hantar permohonan anda.
Baca Juga: Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan
Program Perumahan Rakyat
Untuk pengetahuan anda, terdapat dua kategori dalam PPR 2022:
- (1) PPR Disewa
- Bayaran RM124 sebulan
- (2) PPR Dimiliki
- RM35,000 seunit (Semenanjung Malaysia)
- RM42,000 seunit (Sabah dan Sarawak)
Syarat Kelayakan
Pemohon dan pasangan juga tidak pernah memiliki rumah dan mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Berikut merupakan syarat kelayakan untuk membuat permohonan rumah PPR 2022 adalah Pemohon dan pasangan mestilah Warganegara Malaysia dan Berumur 18 tahun dan ke atas serta Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
Ciri-Ciri Rumah PPR
Ciri-Ciri Rumah PPRBerikut adalah rekabentuk dan ciri-ciri rumah PPR:
1. Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 6 hingga 18 tingkat
2. Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
3. Keluasan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
4. Kemudahan Asas:
Dewan Komuniti / Ruang Orang Ramai, Surau / Ruang Solat, Gerai Makan / Ruang Niaga, Tadika, Kemudahan OKU, Taman Permainan / Kawasan Lapang dan
Rumah Sampah.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan rumah PPR, anda boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah:
Skim PPR
(03-8891 4052 (Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan)
(03-8891 4278 (Kuala Lumput, Sabah, Sarawak)
(03-8891 4028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)
- Teknikal / Masalah Sistem
- Telefon: 03-8891 4475
- Emel: [email protected]
- Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta
- Telefon: 03-8891 4200
Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.
Sumber: BlogRojak