CARA MEMOHON DAN SYARAT BANTUAN WARGA EMAS BULANAN RM350

Bantuan Bulanan RM350 Warga Emas 2021

Bantuan Warga Emas Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM)

Bagi rakyat Malaysia yang ingin memohon bantuan bulanan bagi ibu bapa yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, sila baca maklumat di bawah dengan teliti.

Bantuan Warga Emas Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) ini bertujuan untuk menolong warga emas yang memerlukan bantuan kewangan untuk melangsungkan kesejahteraan dan kesihatan mereka.

 

Siapakah yang layak memohon?

Pemohon hendaklah membaca syarat-syarat kelayakan dengan teliti sebelum melakukan permohonan seperti yang dibawah:

  • Pemohon mestilah seorang warganegara
  • Pemohon mestilah seorang pemastautin di Malaysi
  • Pemohon ialah warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas bukan tinggal di institusi kendalian JKM
  • Warga emas juga bukan tinggal di pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma

Walau bagaimanapun, mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

 

Cara-Cara Memohon Bantuan

Cara 1: Pergi terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah anda 

Permohonan boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Biahagian di mana pemohon tinggal.

Senarai alamat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang boleh dihubungi ada disediakan di bahagian Direktori di portal web Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sila tekan link pautan di sini untuk ke laman web rasmi JKM.

ss

Sila tekan link direktori pautan di sini, untuk mengetahui senarai alamat Pejabat JKM di tempat tinggal anda.

dire

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon boleh membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:

  • Salinan kad pengenalan pemohon,
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama,
  • Salinan penyata gaji (jika ada),
  • Gambar berukuran passport, dan
  • Dokumen sokongan lain (jika ada).

 

Cara 2: Mendaftar melalui atas talian (online)

  1. Layari laman web http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
  2. Klik pada butang ‘Daftar Permohonan.’
  3. Masukkan negeri tempat tinggal dan no kad pengenalan.
  4. Setelah selesai, klik butang ‘Daftar.’
  5. Dalam 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran (Sila rujuk link Direktori di atas).
  6. Bawa bersama dokumen yang diperlukan (Sila rujuk senarai dokumen di atas).

war

 

CARA MEMOHON DAN SYARAT BANTUAN WARGA EMAS BULANAN RM350

Oleh yang demikian, bagi mereka yang memerlukan bantuan, sila lah hadir ke pejabat JKM daerah masing-masing ataupun daftar online untuk memohon bantuan warga emas yang telah disediakan ini.

 

Ingin mengetahui SEMAKAN SPA9 DAN CARA MEMBUAT PERMOHONAN TAHUN 2021? Sila tekan link di sini.

Selamat maju jaya!

 

Leave a Comment