BMT Bantuan rm600
Berikut ini adalah cara untuk memohon permohonan bmt bantuan rm600, dan juga Semakan tarikh permohonan bantuan.
Cara Mohon Bantuan RM 600 Yang Tutup Pada Pertengahan September, Bantuan Terkini 2022, Risda, bantuan musim tengkujuh
Salah satu bantuan yang disalurkan adalah melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
Terdapat pelbagai jenis bantuan kerajaan yang disalurkan melalui pelbagai agensi kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan para pekerja.
Pemberian bantuan ini selalunya akan disalurkan melalui 2 Fasa sama juga seperti pembayaran BMT 2021 lepas.
Bantuan Musim Tengkujuh adalah bantuan tahunan yang diberikan oleh pihak RISDA untuk meringankan beban para pekebun yang ketiadaan sumber pendapatan akibat musim tengkujuh yang melanda.
Baca juga di sini: Semakan Permohonan Bantuan BPP Rm300
Cara Memohon BMT Bantuan rm600
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh BMT Bantuan rm600 ini boleh dilaksanakan melalui laman web rasmi RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama
Pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen penting untuk memudahkan urusan permohonan seperti Salinan Kad Pengenalan pemohon dan asal
Geran asal tanah disertakan dengan salinan. Salinan buku akaun bank yang masih aktif juga diperlukan untuk memohon permohonan bantuan ini.
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan bantuan khas sempena musim tengkujuh ini sudah dibuka bermula 5 Mei sehingga 15 September 2022 nanti.
Pekebun yang terkesan akibat musim tengkujuh amat digalakkan untuk membuat permohonan secepat mungkin agar pembayaran dilaksanakan dengan lebih awal.
JUMLAH BANTUAN
Jumlah keseluruhan bantuan adalah berjumlah RM 600. Walau bagaimanapun, pembayaran akan melalui 2 Fasa.
Oleh itu, penerima yang layak akan menerima bantuan RM 300 untuk setiap fasa pembayaran.
SYARAT KELAYAKAN
Untuk anda yang masih tertanya-tanya apa syarat kelayakan untuk BMT ini, berikut adalah syarat kelayakannya
1. PEKEBUN KECIL RISDA
Warganegara Malaysia
Pekebun kecil (Pemilik Pengusaha) berdaftar dengan RISDA
Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
Pemilik tanah yang sah
Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
2. PENOREH TAPI BUKAN PEMILIK
Warganegara Malaysia
Penoreh bukan pemilik tetapi berdaftar dengan RISDA
Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
Pengesahan pemilik tanah yang sah
1 lot untuk seorang penerima bantuan sahaja (sama ada pekebun kecil atau penoreh)
Mempunyai PAT-G
Sumber: Kerjasemasa
Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.
Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih.
Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua.
Baca juga : Semakan Tarikh Bayaran BKM Tambahan RM500