Cara Memohon Bantuan Kemasukan IPT Negeri Kedah

Cara Memohon Bantuan Kemasukan IPT Negeri Kedah

Bantuan Kemasukan IPT Negeri Kedah telah membuka permohonan bagi Bantuan Awal Kemasukan IPT (BAKIPT) bagi sesi pengajian 2022.

Rakyat negeri Kedah yang berkelayakan boleh memohon bantuan awal kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi yang disediakan oleh kerajaan negeri Kedah ini.

Baca Sini : Perantisiswa Permohonan Fasa2 Mulai 1 Ogos Ini

Bantuan Kemasukan IPT

Syarat-syarat Permohonan

Syarat-syarat bagi mereka yang ingin memohon bantuan awal kemasukan IPT yang disediakan oleh Kerajaan negeri Kedah ini adalah sebagaimana berikut;.

Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA (bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency) bagi peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA dan telah MEMBUAT BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN.

Pemohon LAHIR di Negeri Kedah; DAN BERMASTAUTIN SERTA MENETAP di Negeri Kedah (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM3,000.00 DAN KE BAWAH.

Permohonan dibuka untuk pelajar SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2022 SAHAJA dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza
Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan dan ditolak.

Bantuan Kemasukan IPT

 

  • Pelajar kategori berikut TIDAK LAYAK memohon:
  • Pelajar SIJIL/ASASI/MATRIKULASI/FOUNDATION
  • Pelajar PASCA-SISWAZAH (Sarjana/Master/Ph.D)
  • Pelajar SEPARUH MASA
  • Pelajar LUAR KAMPUS
  • Pelajar di Institusi Perguruan (IPG)
  • Pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
  • Pelajar di bawah LATIHAN SEPARA PERUBATAN di Kolej Perubatan/Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Cara-cara Memohon

Bantuan Kemasukan IPT Negeri Kedah. Setiap pemohonan hendaklah dibuat secara DALAM TALIAN sahaja melalui pautan berikut;

https://sppnk.kedah.gov.my/ibakipt/

Bantuan Kemasukan IPT

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 1 Ogos 2022.

Pemohon hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 November 2022.

Jumlah Bantuan

Mereka yang diluluskan permohonan Bantuan Kemasukan IPT akan menerima sumbangan sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).

Maklumat lanjut mengenai bantuan BAKIPT ini adalah sebagaimana di bawah.

Kaedah Pembayaran

Kaedah bayaran Bantuan Kemasukan IPT akan ditentukan oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan berdasarkan situasi semasa.

Bayaran bantuan BAKIPT akan dibuat oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan kepada pelajar.

Sila hubungi Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan status permohonan. >>Klik sini untuk Senarai Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan Negeri Kedah<<

Dokumen Yang Perlu Disediakan

Dokumen sokongan Bantuan Kemasukan IPT yang wajib disertakan di dalam bentuk seperti PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh PENGHULU MUKIM / PENGETUA SEKOLAH / PEGAWAI DAERAH / ADUN adalah seperti berikut:

Salinan kad pengenalan permohon

Salinan surat tawaran kemasukan / surat pengesahan daripada institusi pengajian tinggi

Salinan akaun bank / penyata bank

salinan kad pengenalan ibu / bapa / penjaga (salah seorang sahaja)

Maklumat Lanjut

Sebarang info dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi maklumat berikut;

Laman Web – https://sppnk.kedah.gov.my/e-pertanyaan/.

Telefon – 04 702 7272/7283

Sumber: Laman Web SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih.

Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.

Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua.

Baca Juga Di Sini : Bayaran RM500 BKM Tambahan Bermula Hari Ini

Leave a Comment