Permohonan Dibuka: Bantuan JKM RM1000 Sebulan
Bantuan Kanak-Kanak RM100 Sebulan 2021
Bagi rakyat Malaysia yang ingin memohon bantuan bulanan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi anak-anak, sila baca maklumat di bawah dengan teliti.
Bantuan Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) ini bertujuan untuk menolong keluarga yang memerlukan bantuan kewangan untuk memastikan kesejahteraan hidup anak-anak.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan kanak-kanak RM1000 sebulan berbanding sebelum ini RM450 untuk satu keluarga.
Jumlah Bantuan Kanak-Kanak Lama | Jumlah Bantuan Kanak-Kanak Tahun 2021 |
Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM 100. | Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang. |
Maksimum sebanyak RM 450 jika anak melebihi 4 orang. | Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang. |
Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan. |
Syarat Kelayakan BKK 2021
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
Walau bagaimanapun, mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
Cara-Cara Memohon
- Layari portal rasmi JKM iaitu: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
- Cetak Borang Permohonan.
- Cetak Borang Kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu.
- Dalam 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran
- Bawa bersama dokumen yang diperlukan (Sila rujuk senarai dokumen di bawah)
Dokumen tersebut adalah seperti yang berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon,
- Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama,
- Salinan penyata gaji (jika ada),
- Gambar berukuran passport, dan
- Dokumen sokongan lain (jika ada).
Cara Memohon Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1000 Bagi Tahun 2021
Oleh yang demikian, bagi mereka yang memerlukan bantuan, sila lah hadir ke pejabat JKM daerah masing-masing ataupun daftar online untuk memohon bantuan kanak-kanak yang telah disediakan oleh kerajaan ini.
Lihat juga: CARA MEMOHON DAN SYARAT BANTUAN WARGA EMAS BULANAN RM350 dengan menekan link di sini.
Selamat maju jaya!