Cara Membuat e-Pengeluaran KWSP Online

Cara Membuat e-Pengeluaran KWSP Online

Cara Membuat e-Pengeluaran KWSP Online – Cara Membuat e-Pengeluaran KWSP Online. Tahukah ada, terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP. Kami akan berkongsi kepada anda cara untuk membuat permohonan e-Pengeluaran KWSP secara online.

Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.

Tujuan e-Pengeluaran KWSP

Bagi anda yang belum tahu, kini anda boleh buat pengeluaran simpanan akaun 2 e-Pengeluaran KWSP Online bagi urusan-urusan berikut;

– Pengeluaran untuk membina rumah
– Pengeluaran untuk membeli rumah
– Rawatan perubatan
– Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah
– Pengeluran untuk pendidikan
– Pengeluaran untuk menyelesaikan PTPTN

Syarat Kelayakan e-Pengeluaran KWSP

Syarat membuat permohonan e-Pengeluaran KWSP Online adalah seperti berikut:

– Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
– Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap
– Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpana / Semasa ahli atau rakan strategik KWSP
– Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum

Baca Sini: Wang KWSP Melalui Akaun 2 Dibenarkan

Baca Juga: Senarai Kategori Kumpulan Yang Tidak Layak BKM

e-Pengeluaran KWSP Online

Cara Membuat e-Pengeluaran KWSP Online

Untuk membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP bagi tujuan-tujuan di atas, anda boleh buat secara online melalui e-pengeluaran. Anda perlu Daftar i-Akaun terlebih dahulu untuk menggunakan e-pengeluaran.

Bila dah daftar i-Akaun, ikuti langkah berikut untuk buat e-pengeluaran: Log masuk ke i-Akaun KWSP, Klik menu ‘Pengeluaran’, Kemudian klik ‘Permohonan Baru’

Pada bahagian Jenis Pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran anda (Membina/membeli rumah atau sebagainya). Pada Nama Institusi sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah/ yang berkaitan. Klik Seterusnya dan ikut langkah sehingga selesai permohonan pengeluaran.

Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima SMS yang menyatakan anda perlu ke KWSP untuk urusan pengesahan cap jari. Keputusan pengeluaran akan mengambil masa 10 hari bekerja.

Sebenarnya nak buat pengeluaran untuk tujuan penting seperti membeli rumah dah sebagainya tidak akan merugikan anda pun. Sekurang-kurangnya nanti bila dah bersara anda tidak lagi berhutang dan sudah memiliki rumah sendiri.

Siap! Anda hanya perlu tunggu pengesahan. Bila dah disahkan wang pengeluaran yang anda mohon akan dimasukkan terus ke akaun bank anda. Mudah kan?

Semoga bermanfaat!

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut Lanjut e-Pengeluaran KWSP, anda bole layari www.kwsp.gov.my.

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Sumber : kwsp

Leave a Comment