Cara masukkan wang ke dalam akaun KWSP melalui aplikasi i-Akaun

Cara masukkan wang ke dalam akaun KWSP melalui aplikasi i-Akaun

Cara masukkan wang ke dalam akaun KWSP melalui aplikasi i-Akaun – KWSP sudah membenarkan individu untuk mencarum sendiri atau menambah wang ke dalam akaun mereka melalui ciri dinamakan Caruman Pilihan Sendiri. Jadi, tidak ada pilihan untuk pekerja untuk sendiri tambah wang ke dalam akaun KWSP mereka.

Tambahan pula, ianya merupakan satu kelebihan bagi anda untuk menyimpan simpanan bagi kegunaan di hari persaraan.” -KWSP. “Caruman KWSP tidak dihadkan hanya kepada mereka yang diwajibkan di bawah Akta KWSP 1991.

Masukkan Wang Dalam Akaun KWSP. Sebut saja KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) atau EPF, semua orang tahu ia merupakan simpanan untuk hari tua. Sejak dulu, hanya majikan saja yang menguruskan caruman pekerja.

Penyertaan sukarela daripada mereka yang tidak tertakluk di bawah undang-undang KWSP adalah sangat dialu-alukan.

FAQ

Boleh tak saya terus masukkan wang ke dalam akaun KWSP tanpa perlu isi apa-borang?

Boleh. Anda boleh lakukannya melalui kaedah perbankan internet (online banking/transfer) dan laman web atau aplikasi i-Akaun KWSP. KWSP mengingatkan pelanggan untuk beri tempoh sehingga 14 hari bekerja untuk bayaran caruman dinyatakan dalam penyata.

Bagaimana cara masukkan wang ke dalam akauan KWSP melalui aplikasi i-Akaun?

Buka aplikasi i-Akaun > Add Contribution atau Tambah caruman > masukkan jumlah RM > Slide to Continue atau Leret untuk Teruskan > pilih bank > Next atau Seterusnya.

Masalah tak nampak butang Slide to Continue?

Sentuh pada mana-mana bahagian kosong tengah skrin dan leret ke bawah untuk tutup papan kekunci dan andaa akan dibawa ke laman web bank untuk proses pengesahan dan pemindahan wang seperti biasa. Ikut saja arahan.

Tekan ‘Return to merchant’s page’. Aplikasi akan paparkan ‘Thank You’ atau ‘Terima Kasih’ jika transaksi anda berjaya. Selesai. Ini bermakna transaksi sudah berjaya.

Diingatkan, transaksi ini akan dipaparkan dalam rekod dan aplikasi dalam masa 3-14 hari.

Ada had minimum atau maksimum?

Jangan risau, tidak ada had minimum ditetapkan. Namun melalui cubaan kami dengan aplikasi i-Akaun, ia ada minimum RM10.

Namun bagi had maksimum, ia terhad sehingga RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela.

Saya seorang pekerja tetap dan memang majikan buat caruman setiap bulan. Boleh buat juga?

Boleh. Ini antara tujuan Caruman Pilihan Sendiri diperkenal.

Saya tak pernah ada akaun KSWP, bolehkah buat caruman seperti di atas?

Tidak boleh. Anda perlulah terlebih dahulu mempunyai akaun KWSP sebelum melakukan caruman pilihan sendiri ini.

Untuk maklumat lanjut, terus layari laman KWSP

BACA JUGA INFO: Membantu Percepatkan KWSP 2.0 Lakukan Ini

akaun KWSP

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.

Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama.

Leave a Comment