Cara Daftar SSM Percuma untuk mahasiswa dan B40
Cara Daftar SSM Percuma untuk mahasiswa dan B40 – Inisiatif SSM mendaftar perniagaan usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa secara percuma melalui Program Pendaftaran Perniagaan Bersekutu (SPPP).
Melalui program ini, pemohon yang layak akan menerima pengecualian yuran berikut:
Bil Perkara Pengecualian Fi
1. Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan; atau RM30
2. Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred; dan RM60
3. Cetakan maklumat RM10
Syarat Kelayakan
Butiran kategori yang layak memohon SPPP adalah seperti berikut:
Kategori usahawan kategori B40
Pemegang MyKad/MyPR;
Berumur 18 tahun ke atas yang memenuhi syarat untuk pendaftaran perniagaan;
Ada maklumat untuk kumpulan B40 dalam pangkalan data penerima BPN 2.0
Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif dalam SSM
Kategori Pelajar IPTA/ IPTS
Pemegang MyKad/MyPR;
Berumur 18 tahun dan layak untuk pendaftaran perniagaan;
Pengajian/ kursus sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/politeknik/maktab/institut kemahiran/pusat kemahiran dalam negara; dan
Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif dalam SSM.
Cara Daftar SSM Percuma
Pemohon yang layak boleh menghantar permohonan mereka secara dalam talian melalui portal dalam talian ezbiz.ssm.com.my.
Berikut adalah langkah-langkahnya:
Untuk mendaftar sebagai pengguna EzBiz buat kali pertama, sila layari pautan berikut – http://ezbiz.ssm.com.my
Untuk pengaktifan ID ezbiz, anda boleh menggunakan Kaedah > Log Masuk Portal ezbiz > Profil Pengguna > Permintaan Pengesahan Pengguna > Tambah Baharu
Lampirkan fail seperti yang diminta
Untuk mendaftar perniagaan, anda mempunyai dua pilihan nama perniagaan.
Maklumat dan dokumen yang diperlukan
Lengkapkan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baharu (Borang A) dengan mengisi maklumat berikut:
a) Nama perniagaan
b) Tarikh mula perniagaan
c) Tempat utama perniagaan
d) Alamat kedai perniagaan (jika ada)
e) Maklumat Pemilik dan Rakan Kongsi
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
g) Serahkan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
Info Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di 03-7721 4000 atau e-mel [email protected].
Semak Juga: SEMAKAN ONLINE AKAUN PENYATA KWSP
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.