Rumah Sewa Selangor
Semak kelayakan dan cara daftar permohonan program Rumah Sewa Selangor ini yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri selangor 2022 terkini.
Skim Smart Sewa iaitu sebuah inisiatif di bawah Kerajaan Negeri Selangor melalui Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) ini pada asasnya menawarkan skim sewaan pada kadar berpatutan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana sebelum mereka mampu membeli rumah sendiri dan berdasarkan pemerhatian, kadar sewa yang ditawarkan adalah serendah RM450/sebulan.
Syarat Kelayakan
Sebelum anda membuat sebarang pendaftaran atau permohonan skim Rumah Sewa Selangor, Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah ini.
Bagi syarat kelayakan untuk pendaftaran dan permohonan Rumah Sewa Selangor ini pula adalah mestilah Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon.
Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau yang mempunyai tanggungan serta pendapatan seisi keluarga yang Tidak melebihi RM5,000 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah.
Selain itu, pendapatan isi rumah yang Tidak melebihi RM15,000 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah.
Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor juga layak mendaftar permohonan ini skim smart rumah sewa ini.
Selain itu, Pemohon yang tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan layak untuk mendaftar).
Pemohon yang mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa yang dipohon mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja.
Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor sahaja yang layak memohon permohonan skim smart rumah sewa ini.
Baca sini: Cara Tuntut Pengeluaran Khas KWSP 2.0
Cara Memohon
Maklumat lengkap berkenaan Rumah Sewa Selangor ini dan borang permohonan boleh dirujuk di portal rasmi PHSSB (DI SINI).
Manakala permohonan secara atas talian boleh dikemukakan di Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) – DI SINI.
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan skim ini boleh dibuat secara atas talian (online) atau mengisi Borang Permohonan secara lengkap dan dihantar ke e-mel: [email protected] atau ke alamat:
Pejabat Pengurusan Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat Bawah, Blok A,
PPR Kg. Baru Hicom, Jalan Bukit Belimbing 26/38,
40400, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Baca juga: Respon Pihak KWSP Mengenai Pengeluaran Khas 2.0 KWSP
Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.
Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih.
Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua.
Join Telegram Myinfokerja untuk info info bantuan kerajaan tahun 2022.