Cara Daftar e-Wallet Untuk Kemudahan Harian Dan Tebus RM150 Bagi Belia Malaysia

Kebaikan Menggunakan e-Wallet

Populariti e-Wallet semakin meningkat di Malaysia setelah Bank Negara mengeluarkan lebih 40 lesen e-Wallet kepada bank dan syarikat kewangan bukan bank. Untuk melangkah maju ke arah “Cashless Society”, setiap kedai, restoran, pusat membeli-belah malah gerai juga kini mempunyai pilihan untuk melakukan transaksi menggunakan e-Wallet!

Berikut adalah kelebihan menggunakannya:

  1. MEMBANTU ANDA MENGAWAL BAJET
  2. LEBIH PANTAS DAN MUDAH
  3. KADANGKALA LEBIH SELAMAT BERBANDING WANG TUNAI
  4. HAMPIR SETIAP PERBELANJAAN DIBERI GANJARAN

–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021

Fungsi-fungsi e-Wallet

Ramai daripada kita yang masih tidak berapa yakin akan menggunakan e-Wallet di negara ini, atau tidak biasa dengan aplikasi-aplikasi e-Wallet di Malaysia. Oleh itu, berikut adalah fungsi-fungsi yang boleh memudahkan tugasan harian anda:

  • Bayar bil elektrik dan air
  • Topup telefon
  • Beli barang di kedai terpilih
  • Bayar tol
  • Bayar tambang kereta e-hailing

Cara daftar aplikasi-aplikasi

Boost

  1. Muat turun aplikasi di Google Playstore / Appstore (seperti di atas)
  2. Buka aplikasi dan Klik pada “Register”
  3. Masukkan nombor telefon dan Boost akan menghantar SMS dengan kod pengesahan 6 digit.
  4. Jika anda tidak menerima SMS tersebut, sila klik pada “Did not receive SMS” dan sistem akan menghantar SMS tersebut sekali lagi.
  5. Masukkan nama penuh dan alamat e-mel
  6. Masukkan kata laluan supaya hanya anda yang boleh log masuk ke akaun Boost anda
  7. Masukkan kod PIN transaksi 6 digit supaya hanya anda yang boleh membenarkan semua transaksi dilakukan dalam aplikasi Boost. Pastikan anda tidak terlupa kod PIN nanti.
  8. Pilih penyedia rangkaian anda (telco)
  9. Pilih jenis “wallet” yang anda ingin gunakan: Basic Wallet (had RM200) atau Premium Wallet (had RM1,500) penggunaan sebulan

Boost E-Wallet To Undergo Back End Upgrade, System Set To Be Down From 10-11 June | LiveatPC.com - Home of PC.com Malaysia

Touch N Go

  1. Muat turun aplikasi di Google Playstore / Appstore (seperti di atas)
  2. Buka aplikasi, dan pilih dan klik “Create Account” untuk membuat pendaftaran baru di akaun ewallet TnG
  3. Isi nombor telefon pintar anda dan tekan butang “Next”
  4. Masukkan 6 nombor pin sebagai nombor keselamatan anda (mesti ingat, sila tulis). Dan tekan butang “Next”
  5. Masukkan Soalan Keselamatan anda dan ingat. Seterusnya klik butang “Next”
  6. Isikan maklumat di atas dan “Next”
  7. Akhir sekali tandakan tick pada butang “I agre” Dan tekan butang “Submit”

MCO: CIMB says Touch 'n Go eWallet continues to see healthy volumes for essential services, online-based transactions | The Edge Markets

Grab Pay

  1. Muat turun aplikasi di Google Playstore / Appstore (seperti di atas)
  2. Pilih salah satu cara untuk mendaftar akaun (Google, Facebook atau Nombor Telefon)
  3. Lengkapkan kesemua maklumat yang diperlukan dengan alamat email dan nombor telefon yang aktif
  4. Anda akan menerima SMS OTP yang mengandungi kod 4 digit

GrabPay - Easy and Hassle Free Payment Solution | Grab SG

Leave a Comment