Cadangan Untuk 4 Kumpulan Pencarum: Pengeluaran KWSP 2.0

Cadangan Untuk 4 Kumpulan Pencarum: Pengeluaran KWSP 2.0

Pengeluaran KWSP 2.0, Ramai yang meminta agar pihak kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP akaun 2 namun masih belum ada pengumuman daripada pihak kerajaan berkenaan kebenaran mengeluarkan KWSP daripada akaun pencarum.

Di sini kami akan kongsikan maklumat terkini berkenaan permohonan kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini menjadi perbualan hangat dikalangan rakyat Malaysia.

Baca sini: Kerajaan digesa untuk benarkan sekali lagi pengeluaran RM10,000 KWSP dalam Bajet 2023

Baca juga: Permohonan Pengeluaran KWSP Bersasar Kepada Golongan Memerlukan Adalah Lebih Baik

Tuntutan kebenaran pengeluaran KWSP 2.0

Pengeluaran KWSP 2.0

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIR) telah meminta agar pihak kerajaan memberi kebenaran pengeluaran KWSP 2.0 bersasar kepada tiga juta pencarum yang benar-benar terkesan. Menurut Presiden PGIR, Azmi Mohd Tahir menyatakan bahawa angka ini diperoleh daripada kajian yang dijalankan untuk mengenal pasti senarai pencarum yang benar-benar memerlukan.

Sebelum ini pihak kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP dengan angka seramai tujuh juta pencarum namun tiada sebarang kajian untuk yang dijalankan bagi memastikan mereka yang betul-betul memerlukan sahaja boleh mengeluarkan wang daripada akaun KWSP mereka.

Oleh itu, tuntutan yang dibuat oleh PGIR ini adalah bersasar bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar memerlukan sahaja layak untuk memohon pengeluaran KWSP 2.0 dan bukan untuk ‘berjoli’ atau mengambil kesempatan daripada kemudahan ini.

Empat (4) golongan yang dicadangkan untuk pengeluaran KWSP 2.0 kali ini

Menerusi Kerjasama bersama GHRF, PGIR membawakan empat usul tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 oleh pencarum. Berikut adalah golongan yang dicadangan untuk diberikan kebenaran mengeluarkan simpanan KWSP daripada akaun mereka:

1) Bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum kerana diberhentikan kerja, berhenti sukarela, baru berhenti dan tidak mempunyai pekerjaan tetap atas factor usia dan kesihatan dibenarkan mengeluarkan semua simpanan persaraan mereka.

2) Suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak aktif lagi mencarum dibenarkan mengeluarkan semua simpanan KWSP mereka.

3) Pencarum yang masih aktif mencarum, mempunyai baki simpanan Akaun 1 RM19,999.99 dan ke bawah boleh mengeluarkan semua simpanan dan meninggalkan baki RM200 dalam Akaun 1 dan 2.

4) Pencarum yang aktif mencarum berusia 54 tahun ke bawah dan mempunyai simpanan Akaun 1 melebihi RM20,000 dibenarkan mengeluarkan 30 peratus daripada jumlah ini.

Oleh itu, buat masa sekarang kita hanya mampu menunggu keputusan daripada pihak kerajaan berkenaan hal ini. Di atas adalah masih dalam fasa usul tuntutan sahaja, belum ada kebenaran daripada pihak kerajaan berkenaan pengeluaran 2.0 KWSP oleh pencarum.

Semoga bermanfaat!

Sumber: bharian

Leave a Comment