bunuh ayah kekal Hukuman gantung ke atas lelaki

bunuh ayah kekal Hukuman gantung ke atas lelaki

2022-10-18T17:48:06+08:00 Sylvester (tengah) diiring pegawai penjara semasa keluar dari kamar Mahkamah Rayuan hari ini.

KUCHING: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki yang didapati bersalah membunuh ayahnya di sebuah rumah panjang di Long Pawah, Belaga pada 2018.

bunuh ayah kekal Hukuman gantung ke atas lelaki “Mahkamah mendapati sabitan terhadap perayu adalah selamat.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Has Zanah Mehat membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Sylvester Indo, 31, terhadap sabitan dan hukuman dalam kes itu.

bunuh ayah kekal Hukuman gantung ke atas lelaki 1 1

Terdahulu pada 15 Ogos 2019, Hakim Mahkamah Tinggi Bintulu Datuk Duncan Sikodol menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sylvester selepas dia didapati bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Oleh itu, hukuman gantung sampai mati dikekalkan. Dengan ini rayuan perayu ditolak,” ujar Hakim Has Zanah yang bersidang bersama-sama Datuk Supang Lian dan Datuk Seri Mariana Yahya, hari ini.

Berdasarkan fakta kes, penduduk rumah panjang itu telah menganjurkan acara menyambut Tahun Baharu pada 31 Disember 2017.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh Indo Usa, 61, di Rumah Panjang Tanjong, Long Pawah di Belaga pada 1 Januari 2018, sekitar jam 4 pagi.

Tuai rumah menyaksikan Sylvester bersama salah seorang penghuni rumah panjang bernama Salleh Pago sedang bertegang leher hendak bergaduh.

Pada hari berikutnya sekitar jam 4 pagi, Tuai Rumah Micheal Nyaleng terbangun susulan dia dikejutkan dengan kekecohan di luar rumah.

Tidak berapa lama selepas itu, Sylvester pergi ke tempat kejadian dan cuba menyerang tuai rumah menggunakan sebilah parang, namun ia terkena Salleh yang sedang berdiri di sebelahnya.

Dia (tuai rumah) seterusnya cuba menghalang dan menasihati mereka untuk pulang susulan kedua-duanya berada dalam keadaan mabuk.

Semasa tuai rumah merawat kecederaan Salleh, dia ternampak Sylvester duduk di atas dada ayahnya (mangsa), dan pada masa yang sama, Sylvester mengelar leher mangsa menggunakan parang berkenaan.

Sylvester kemudiannya kembali semula ke biliknya.

Melihatkan kejadian itu, tuai rumah menjerit dan menghalang Sylvester, namun dia (Sylvester) melarikan diri ke dalam hutan berdekatan.

Tuai rumah juga ternampak badan mangsa di atas lantai, tidak bergerak dan berlumuran darah.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron manakala perayu diwakili peguam Rosli Gapor dan Harold Emparak Kerebo.

Selepas itu, tuai rumah bersama penghuni rumah panjang itu kemudiannya pergi ke Balai Polis Belaga sekitar jam 6.45 pagi untuk membuat laporan bagi tindakan lanjut.

Sumber: oleh Hafizah Abdul Hamid

Leave a Comment