5 Langkah Nak Buat QR Code MySejahtera Check-In Di Rumah/Premis Bisnes Sendiri

QR Code MySejahtera Check-In

Peringatan untuk mematuhi SOP di kawasan anda sewaktu Aidilfitri ini.

Contohnya, bagi negeri Sabah, kerajaan negeri tidak membenarkan sebarang penganjuran majlis hari raya dan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri. Bagaimanapun, menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, aktiviti ziarah-menziarahi adalah dibenarkan bagi hari raya pertama sehingga ketiga, tertakluk kepada syarat.

“Tuan rumah diwajibkan menyediakan QR Code MySejahtera dan mematuhi protokol kesihatan umum yang ditetapkan,” katanya. Aktiviti ziarah juga dibenarkan untuk ahli keluarga terdekat sahaja dan tidak melebihi 10 orang.

(Sumber: AstroAwani)

Screenshot 266 gallery 10

Apa itu MySejahtera?

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaann Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Apa itu MySejahtera Check-In?

MySejahtera Check-In adalah satu fungsi tambahan dalam aplikasi MySejahtera di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak COVID-19 di Malaysia.

Pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain, bagi mendapat dan memaparkan QR Code MySejahtera. Pengguna MySejahtera pula boleh menggunakan Pengimbas Kod QR MySejahtera yang terkandung dalam aplikasi tersebut untuk mengimbas Kod QR yang dipaparkan.

gallery 10

–>Sila klik sini untuk membaca artikel Cara Semakan Status BPR Fasa 2 2021 – Duit Dimasukkan Bermula Awal Mei Ini.

Cara-Cara Membuat QR Code MySejahtera Check-In

Berikut adalah cara mudah untuk premis atau pemilik rumah untuk membuat QR Code MySejahtera bagi mereka yang akan menerima pengunjung.

Cara-cara ini boleh juga dibuat melalui telefon pintar smartphone ataupun komputer riba laptop.

  1. Sila pergi ke laman web MySejahtera Check-In di sini.
  2. Masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh menerima SMS
  3. Masukkan Kod OTP (Untuk Telefon) yang diterima di peti SMS anda
  4. Isikan maklumat penuh premis dan maklumat yang diminta (contoh Business Name: Rumah Keluarga Ereh, Majlis Pertunangan Farahin dan Levi, Rumah Kedai Jean)
  5. Selepas tiu, bolehlah Print atau Download QR code MySejahtera anda!

Kesimpulannya, patuhilah SOP dan sila ingatkan pengunjung premis anda untuk mengisi maklumat di MySejahtera ini. Check-In Mysejahtera adalah cara mudah bagi mengetahui bilangan dan maklumat diri pengunjung untuk memutuskan rataian Covid-19.

–>Sila klik di sini untuk membaca laman web Belanjawan 2021 tentang permohonan Jaringan Prihatin.

Leave a Comment