Sebelum Usia 55 Tahun buat Pengeluaran Simpanan KWSP Secara Online

Sebelum Usia 55 Tahun buat Pengeluaran Simpanan KWSP Secara Online

Sebelum Usia 55 Tahun buat Pengeluaran Simpanan KWSP Secara Online – Kali ini kami akan kongsikan kepada anda panduan/cara pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) apabila anda mencapai umur 50 tahun.

Panduan pengeluaran KWSP untuk umur 50 tahun dari Akaun 2. Mungkin tidak ramai yang sedar bahawa anda dibenarkan keluarkan simpanan dari Akaun 2 KWSP anda apabila mencapai umur 50 tahun. Sebenarnya terdapat 17 jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan untuk ahli.

BACA JUGA INFO BERIKUT: Sign Petition Pengeluaran Kwsp Khas 2.0

Kelayakan Memohon
-Ahli berstatus Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
-Ahli berumur antara 50 dan 54 tahun
-Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2.

Proses Pengeluaran KWSP Umur 50 Tahun

Di bawah adalah panduan mengenai proses dan cara untuk memohon pengeluaran wang KWSP anda pada umur 50 tahun.

Panduan ini boleh menjadi rujukan anda, dan pada ketika panduan ini ditulis maklumatnya adalah tepat kerana ianya berdasarkan apa yang dikeluarkan oleh KWSP melalui laman website rasmi online mereka sendiri.

Sebelum Usia 55 Tahun buat Pengeluaran Simpanan KWSP Secara Online

 KWSP Secara Online

Pengeluaran kesemua atau sebahagian simpanan dari Akaun 2 apabila ahli mencapai umur 50 Tahun.

Syarat Dan Kelayakan Pengeluaran KWSP Secara Online
Permohonan sekali sahaja, Mempunyai pilihan pengeluaran sama ada:

-Semua Simpanan- Mengeluarkan kesemua simpanan secara sekaligus dari Akaun 2
-Sebahagian Simpanan – Mengeluarkan sebahagian simpanan dari Akaun 2
-Permohonan boleh dibuat 1 bulan lebih awal sebelum ahli mencapai umur 50 tahun

Kaedah Bayaran
Bayaran Dalam Malaysia – Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :

-Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan panel KWSP yang dilantik; DAN
-Nombor pengenalan ahli adalah sama dengan rekod bank
-Bayaran dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM)
-Jika bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, pembayaran akan dibuat melalui Cek Jurubank
-Pembayaran Di Luar Malaysia – Pembayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis mata wang adalah seperti berikut:
-Mata wang asing mengikut pilihan ahli dalam borang permohonan dengan syarat mata wang tersebut disenaraikan oleh KWSP untuk tujuan pembayaran melalui Draf Bank Asing; ATAU
-Dalam mata wang US Dollar jika jenis mata wang yang diminta oleh ahli dalam borang permohonan tiada dalam senarai KWSP untuk tujuan pembayaran melalui Draf Bank Asing.

Sebelum Usia 55 Tahun buat Pengeluaran Simpanan KWSP Secara Online

Dokumen Diperlukan
1. Permohonan Di Kaunter
-Pemegang MyKad
-Hanya kemukakan MyKad. Permohonan diproses secara Hassle Free, ahli tidak perlu mengisi borang permohonan

-Bukan Pemegang MyKad
-Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
-Dokumen pengenalan diri (asal dan salinan)
-Borang KWSP 3 (Pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari (CIJ) gagal
-Maklumat Akaun Bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank atau penyata akaun bank atau salinan akaun bank semasa membuat permohonan) pengeluaran bagi memudahkan proses bayaran pengeluaran

2. Permohonan Melalui POS
-Borang Pengeluaran KWSP 9B (AHL)
-Salinan MyKad / dokumen pengenalan diri
-Borang KWSP 3 (pindaan) Salinan dokumen perlu disahkan oleh pegawai pengesah dibenarkan. (Lain-lain dokumen tambahan tertakluk kepada syarat dan prosedur semasa)

Dokumen Sokongan
1. Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Umur 50 Tahun / 55 Tahun / 60 Tahun / Simpanan Melebihi RM1 Juta di laman web KWSP atau Pejabat KWSP untuk semua dokumen yang diperlukan
2. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Link Penting Berkaitan
Di bawah adalah link-link penting untuk permohonan pengeluaran KWSP umur 50 tahun. Ianya termasuklah borang pengeluaran, senarai bank panel KWSP bagi bayaran pengkreditan dan juga panduan pengesahan dokumen sokongan.

Sebelum Usia 55 Tahun buat Pengeluaran Simpanan KWSP Secara Online

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. – Sebelum Usia 55 Tahun buat Pengeluaran Simpanan KWSP Secara Online

 

Leave a Comment