Bantuan BSP 3.0
Apa itu BSP?
Kerajaan Negeri Sabah telah meluluskan edisi ketiga Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0) berjumlah lebih RM154.83 juta sebagai peruntukan bagi membantu mereka yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata antara bantuan itu ialah bayaran RM300 sekali beri yang akan memanfaatkan 370,432 penerima dan akan diagih tidak lama lagi kepada kumpulan sasaran melalui lapan kementerian di negeri itu selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
–> Sila baca TERKINI: PKP 3.0 dilanjutkan hingga 28 Jun 2021 – Apa SOP yang terkini?
Senarai Penerima BSP 3.0
1. Bantuan BSP 3.0 RM300 one-off
Bantuan RM300 diperuntukkan kepada golongan berikut:
- Kategori miskin, miskin tegar & e-Kasih
- Usahawan mikro dan kotej
- Penjaja Kecil
- Pemandu bas, lori, teksi, institusi memandu, pemandu bot dan pemohon baharu.
- Nelayan, petani, pekebun sawit (MPOB), pekebun kecil koko, pekebun kecil LIGS, penternak , pekebun kecil
- KPD, (pekebun / penternak) dan pekebun kecil LKTNS
- Pemandu pelancong, penggiat seni, Divemaster, Malim gunung dan Porter (sektor pelancongan)
2. Bantuan RM1000 hingga RM5000 Untuk Hotel, Penginapan & Pengusaha Pelancongan
Bantuan sebanyak RM2,879,500 diperuntukkan untuk sektor pelancongan, antaranya seperti berikut:
- RM5000 – untuk hotel 4&5 bintang
- RM2000 – untuk hotel 3,2,1 bintang
- RM2000 – 3,2,1, orkid
- RM1,000 – Persatuan Homestay
- RM1,000 – Hotel yang belum mendapat penarafan
- RM2,000 – pengusaha pelancongan
3. Tunai One-Off RM300
Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi Bantuan Sabah Prihatin 3.0 yang diagihkan dalam masa terdekat yang merangkumi pembayaran secara tunai one-off RM300,
- pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan
- bantuan kepada pelajar institusi pengajian swasta dan awam.
Katanya, Bantuan Sabah Prihatin itu akan diagihkan menerusi lapan kementerian, selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kepada golongan sasaran masing-masing.
Semakan Permohonan
Untuk semakan status dan maklumat lanjut, sila layari laman web https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/
–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021