Permohonan LULUS tapi gagal kredit/tiada akaun boleh terus WALK-IN ke kaunter BSN – BPR Fasa 2

BPR Fasa 2: Pembayaran Tunai

Bermula Isnin 17 Mei 2021, pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPR Fasa 2 TUNAI telah berlangsung di cawangan-cawangan BSN Bank Simpanan Nasional berdekatan anda.

Bagi mereka yang gagal kredit ke akaun bank, pembayaran adalah secara tunai di kaunter cawangan BSN.

Bagi mereka yang telah LULUS permohonan tetapi gagal kredit, anda bolehlah terus WALK-IN ke kaunter BSN berhampiran anda dengan membawa Kad Pengenalan.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BPR 2021. Rujuk laman sesawang BPR untuk maklumat lanjut.

–> Sila baca Cara Semakan Status BPR Fasa 2 2021 

Setakat Mei 2021, jumlah keseluruhan bantuan langsung Kerajaan yang telah dan akan disalurkan bagi golongan B40 adalah bernilai RM6.59 bilion (merangkumi BPN2.0 RM1.91b + BPR Fasa 1 RM1.93b + BPR Fasa 2 RM2.75b)

no baucar bpr fasa 2

Apa itu gagal kredit dan kenapa boleh gagal?

Ia bermaksud tiada duit BPR ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa mohon BPR.

Berikut adalah punca berlaku BPR Gagal Kredit:

  • duplikasi permohonan
  • Akaun bank tidak aktif
  • Nombor akaun bank yang tidak salah
  • Tersilap masukkan nombor akaun bank semasa permohonan
  • Nama pemilik bank akaun tidak sama dengan nama pemohon BPR

–>Sila baca Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 Yang Tidak Lulus (Save Tarikh 15-30 Jun 2021!)

Dokumen yang perlu dibawa

Untuk menerima bayaran BPR secara tunai, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1 meter dan wajib memakai topeng muka semasa melakukan transaksi perbankan di mana-mana ATM rangkaian MEPS dan di kaunter Cawangan BSN.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.

Maklumat Tambahan

Sebarang permasalahan dan pertanyaan mengenai BPR, anda boleh rujuk melalui

1. Portal Rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
2. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 Pagi – 5:00 Petang)

–>Sila klik sini untuk membaca artikel Tips Penting Sebelum Menjawab Soalan SPA Online!

Leave a Comment