Kadar BPR Ditambah: BPR Tambahan RM100, RM300 & RM500 Oktober – cara permohonan & tarikh

Permohonan BPR Tambahan Oktober

Kerajaan memperuntukkan sebanyak 2.1 bilion ringgit bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang akan mula diberikan pada hujung Jun ini. Bantuan Prihatin Rakyat tambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti. Bayaran ini merupakan tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan September kelak sebanyak 2.4 bilion ringgit.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Ogos 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

APAKAH ITU BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)?

Screenshot 346

  • Bantuan Prihatin Rakyat 2021 adalah mensasarkan golongan B40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah
  • Pemohon yang layak boleh membuat permohonan semasa tempoh pendaftaran secara dalam talian atau hadir ke Cawangan LHDNM
  • Penambahbaikan BPR telah diumumkan pada 17 Mac 2021, di bawah pakej PEMERKASA

Kadar BPR Tambahan

Berikut adalah jumlah bayaran tambahan BPR mengikut kategori:

Isi Rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah– Bayaran tambahan RM500
Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 – Bayaran tambahan RM300
Bujang / Ibu Bapa Tunggal tiada anak berumur 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah – Bayaran tambahan RM100
Bujang berumur 59 tahun dan ke bawah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah – Bayaran Tambahan RM100

Cara Permohonan

Permohonan akan dikemaskini dari semasa ke semasa di laman web rasmi Bantuan Prihatin Rakyat. Bagi mereka yang tidak layak untuk Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 2 pula, sila baca Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 Yang Tidak Lulus (Save Tarikh 15-30 Jun 2021!)

Tarikh dan cara pembayaran

Bayaran tambahan ini akan dikreditkan bermula pada hujung bulan Jun 2021.

TERKINI, tarikh pembayaran BPR Tambahan (PEMERKASA+) adalah seperti berikut:

  • Ada Akaun (BSN) – Bayaran mulai 28 September 2021 secara berperingkat
  • Ada Akaun (Selain BSN) – Bayaran mulai 4 Oktober 2021 secara berperingkat
  • Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 4 Oktober 2021

Maklumat lanjut

Untuk info lanjut tentang bantuan Prihatin Rakyat Fasa Ketiga ini, anda boleh rujuk di sini.

Layari portal BPR di sini.

–> Sila baca Permohonan Tuntutan Bantuan MySalam Covid-19 Sehingga RM700!

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment