Dividen Tabung Haji 2021: Tarikh Keluar Bonus Hibah 2021
Bonus Tabung Haji 2021
Bonus atau hibah tabung haji adalah ‘hadiah’ yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang telah membuat penyimpanan di Tabung Haji dengan hasrat untuk suatu hari nanti melangkah ke tanah suci Mekah.
Tarikh Pengumuman Bonus Hibah Tabung Haji (TH) 2020
Pulangan hibah di atas simpanan pelaburan yang telah dilakukan selama ini pada setiap tahun kepada pendeposit. Nilai tinggi atau rendah pulangan itu bergantung kepada tahap dan prestasi kewangan di Tabung Haji TH pada tempoh tahun yang semasa.
Oleh yang demikian, jumlah kadar pengagihan peratusan pendapatan bonus atau hibah Tabung Haji bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 akan diumumkan pada tarikh yang dimaklumkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji (TH). Tarikh pengumuman bonus hibah tabung haji 2020 ialah dianggarkan pada Mac 2021 ini.
Hibah Tahunan atau Bonus Tahunan adalah bonus (hibah) yang diistiharkan oleh Tabung Haji (TH) mengikut prestasi Kewangan tahun semasa yang diberi bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan di TH.
Hibah Haji atau Bonus Haji pula adalah bonus khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa
Sejarah Prestasi Pengagihan Pulangan Tabung Haji Pada Tahun 1994 – 2019
Berikut adalah sejarah prestasi pulangan Hibah Tahunan dan Hibah Haji pada tahun-tahun sebelum ini. Hibah pada tahun 2020 pula akan diumumkan pada tarikh yang dianggarkan iaitu Mac 2021.
Tahun | Hibah Tahunan | Hibah Haji |
2019 | 3.05% | Tiada |
2018 | 1.25% | Tiada |
2017 | 4.5% | 1.75% |
2016 | 4.25% | 1.5% |
2015 | 5% | 3% |
2014 | 6.25% | 2% |
2013 | 6% | 2% |
2012 | 6.5% | 1.5% |
2011 | 6% | 1.5% |
2010 | 5.5% | 1.5% |
2009 | 5% | 1.5% |
2008 | 5% | 1.5% |
2007 | 5% | 2% |
2006 | 4.75% | 2% |
2005 | 4.5% | 2% |
2004 | 4.3% | 2% |
2003 | 4% | 2% |
2002 | 3.5% | 2% |
2001 | 3.25% | 2% |
2000 | 5.5% | 2% |
1999 | 8% | 2% |
1998 | 8% | 2% |
1997 | 9.5% | 2% |
1996 | 9.5% | 2% |
1995 | 9.5% | 2% |
1994 | 9.5% | 2% |
Agihan keuntungan kepada pendeposit adalah selepas mengambilkira zakat. TH membayar zakat bagi pihak pendeposit dan oleh yang demikian pendeposit TH TIDAK PERLU lagi membayar zakat ke atas wang simpanan serta agihan keuntungan yang diterima selaras dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-17 pada 3 Mei 1979.
Cara Menyemak Agihan Keuntungan Hibah Tabung Haji Tahun 2020
Baki simpanan terkini boleh disemak di :
- Kaunter-kaunter cawangan TH, Bank Islam dan Bank Rakyat
- Laman sesawang www.thijari.com.my
- Portal internet bank-bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank
- ATM bank-bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.
Kebaikan Kepada Pendeposit Untuk Membuat Simpanan
Agihan keuntungan yang diisytihar TH adalah lebihan keuntungan pelaburan setelah mengambilkira perbelanjaan dan bantuan kos haji, bayaran zakat dan kos pengurusan. Oleh yang demikian, pendeposit TH bukan sahaja mendapat manfaat pulangan keuntungan ke atas simpanan mereka, malah turut menyumbang dalam membantu jemaah haji Malaysia menunaikan rukun Islam kelima dan golongan asnaf dalam menjaga kebajikan mereka. Di samping itu:
- Simpanan dijamin 100% oleh Kerajaan Malaysia.
- Simpanan dan pelaburan adalah patuh Syariah.
- Agihan keuntungan dikecualikan daripada cukai.’
Perbezaan simpanan di TH dan ASB mengikut laman web mypt3 adalah seperti jadual di bawah.
Bagaimanakah cara pengiraan agihan keuntungan tahun 2020?
Cara pengiraan agihan keuntungan bagi setiap tahun adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun itu dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan,
CONTOHNYA: Kadar iaitu 3.05% bagi tahun 2019. Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:
Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.05% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari-Disember 2019 / Bilangan Bulan) x 3.05%
Bonus Tabung Haji 2021: Tarikh Dividen Tabung Haji 2021 dan Kadar Dividen
Sila pergi ke laman web rasmi Tabung Haji untuk mengetahui lebih lanjut di sini.
Baca juga: SEMAKAN DAN PERMOHONAN GKP 3.0 GERAN KHAS PRIHATIN 3.0 di sini.
Selamat maju jaya!