Kelonggaran rentas negeri jika vaksinasi 90%
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh KKM. Setakat ini, peratus vaksinasi dewasa di Malaysia telah mencapai 83.1%.
–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021
Intipati kenyataan berita
- Sejumlah 259,141 dos vaksin COVID-19 diberikan sehingga semalam membabitkan 114,618 penerima dos pertama dan 144,523 dos lagi kepada penerima dos lengkap.
- Menerusi data yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 42,106,397 dos sudah diberikan dan daripada jumlah itu 19,454,273 individu atau 83.1 peratus populasi dewasa di negara ini sudah mendapatkan dos lengkap.
- Sementara 21,923,560 individu atau 93.7 peratus populasi dewasa sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
- Mengenai pemberian dos yang diberikan semalam, Johor menjadi negeri tertinggi menerima dos lengkap iaitu sebanyak 28,286 dos, Pahang (18,134), disusuli Sabah (13,365), Perak (13,295), Kelantan (13,286), Kuala Lumpur (12,613), Selangor (10,912), Melaka (10,664) dan Pulau Pinang (8,6080).
- Ini bermaksud Malaysia hanya beberapa peratus lagi daripada mencapai sasaran peratus bagi kelonggaran sop merentas negeri. Diharapkan agar semua orang mendapatkan vaksin dengan segera dan bolehlah kita kembali ke norma asal.
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih