Bermula Hari Ini BKM Tambahan RM500 Akan Disalurkan
Bermula Hari Ini BKM Tambahan RM500 Akan Disalurkan. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan dalam bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada semua isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah merupakan bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
Kadar bayaran bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan. Kerjaan juga turut menyediakan bayaran BKM rm500 tambahan ini kepada beberapa kategori yang layak. Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuat secara berperingkat iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bayaran BKM Tambahan. Siapa yang akan terima bayaran BKM Tambahan dan bila tarikh bayaran BKM Tambahan.
Baca Sini:
- BKM Bujang Fasa 3: Tarikh dan Jumlah Bayaran (September 2022)
- Cara Mohon Jawatan Konstabel Polis POS Malaysia Dengan Kelayakan Minima SPM
TARIKH BAYARAN BKM RM500
BKM rm500 bagi penerima yang layak. Berikut adalah tarikh pembayarannya:
- Fasa 1: 28 Mac 2022
- Fasa 2: 27 Jun 2022 (Pengkreditan dilakukan sehingga bulan Ogos 2022)
- Fasa 3: September 2022
- Fasa 4: Disember 2022
SEMAKAN KELAYAKAN BAYARAN
erikut adalah merupakan cara melakukan semakan kelayakan BKM Rm500. Macam mana nak tahu kalau anda layak menerima BKM Tambahan? Untuk makluman anda, anda boleh melakukan semakan secara online melalui laman khas Bantuan Keluarga Malaysia.
Jika tiada maklumat BKM tambahan dipaparkan di laman semakan anda, ini bermakna anda tidak layak untuk menerima bayaran BKM rm500.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak
- Masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini dan klik Log Masuk
- Pergi ke laman https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
- Klik semakan status untuk semak status permohonan
- Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan diluluskan atau dipaparkan
- Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik YA jika betul
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747. Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Rm500, anda boleh rujuk di laman www.bkm.hasil.gov.my.