Pembayaran BKM Fasa 2 Terkini 2022

Pembayaran BKM Fasa 2 Bulan Jun 2022, Semakan Status Pembayaran, Cara Semak Status BKM, Cara Bayaran, Tarikh Bayaran

BKM FASA 2

Adakah pembayaran BKM Fasa 2 anda telah masuk ? Melalui info yang diterima, buat setakat ini tiada lagi pembayaran BKM dikreditkan untuk mana-mana akaun bank. Tambahan pula, pihak kerajaan belum mengumumkan tarikh bayaran untuk Fasa 2 ini.

TARIKH BAYARAN

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ditambah pula dengan kadar inflasi yang semakin melonjak yang menyebabkan harga barangan turut meningkat. Sudah tentu, pembayaran BKM Fasa 2 ini mampu meringankan beban rakyat.

Jika mengikut jangkaan pembayaran, kemungkinan besar bantuan dikreditkan pada minggu ketiga atau keempat Jun ini. Ini kerana pembayaran BKM Fasa 1 pada Mac lepas turut dikreditkan pada waktu tersebut.

Walau bagaimanapun, sehingga kini pihak kerajaan belum mengumumkan tarikh rasmi berkenaan tarikh bayaran BKM F4sa 2.

Tetapi, anda tidak perlu risau kerana sudah dijadualkan bahawa pembayaran BKM F4sa 2 ini pasti dikreditkan pada Jun ini.

BKM Fasa 2

CARA BAYARAN

Kaedah pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan melalui 2 cara iaitu

1. Pengkreditan terus ke akaun bank penerima / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat.

2. Tebus wang di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Ia terbuka kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau penerima Gagal Kredit.

3. Jumlah bayaran BKM Fasa 2 adalah di antara RM 100 hingga RM 400 bagi setiap kategori kelayakan.

BKM Fasa 2

Sila rujuk jumlah bayaran terperinci mengikut kategori kelayakan berikut:

1 – Isi Rumah & Berumur 59 Tahun Ke Bawah

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah

  • 0 anak – RM 200
  • 1-2 anak – RM 300
    3 anak dan ke atas – RM 400

ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000

  • 0 anak – RM 100
  • 1-2 anak – RM 100
    3 anak dan ke atas – RM 300

2 – Isi Rumah & Berumur 60 Tahun Ke Atas

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah

  • 0 anak – RM 200
  • 1-2 anak – RM 300
  • 3 anak dan ke atas – RM 400

ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000

  • 0 anak : RM 100
  • 1-2 anak : RM 100
  • 3 anak dan ke atas : RM 100

3 – Isi Rumah Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah

  • 1-2 anak : RM 300
  • 3 anak dan ke atas : RM 400

ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000

  • 1-2 anak : RM 100
  • 3 anak dan ke atas : RM 100

4 – Bujang dan Ibu Bapa Tunggal Tiada Anak

  • i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
    tiada
  • ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000 (Pemohon berumur 60 tahun ke atas)
    RM 150

CARA SEMAK STATUS 

1. Pergi ke website rasmi BKM untuk buat semakan :
https://bkm.hasil.gov.my/

2) Klik LOG MASUK BKM

3) Masukkan No MyKad anda.

4) Masukkan Kata Laluan anda

5) Klik SEMAKAN STATUS

6) Keputusan BKM tertera

7) Klik MAKLUMAT BAYARAN

8) Maklumat bayaran akan dipaparkan

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Lihat Juga:

Lihat Juga: Syarat Kelayakan & Cara Buat Tuntutan Rm700 – Bantuan MySalam 2022

Leave a Comment