Tarikh Pembayaran BKM Fasa 2 & Semakan Permohonan Terkini 2022

BKM Fasa 2

Berikut adalah Semakan BKM Fasa 2 dan Tarikh Pembayaran bantuan yang diumumkan oleh pihak keraajan malaysia bagi golongan B40.

“BKM telah ditambah baik daripada bantuan tunai langsung sebelum ini. Nilai bantuan ditambah mengikut klasifikasi bilangan anak bagi isi rumah yang tidak mempunyai anak, mempunyai seorang hingga dua orang anak dan isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih serta memperkenalkan kadar tambahan bagi kategori isi rumah terhad kepada ibu atau bapa tunggal (IBT) dan warga emas,” ujarnya.

Perdana Menteri sebelum ini telah mengumumkan hampir 8 juta penerima BKM akan menerima manfaat pada hujung bulan Mac dengan impikasi kewangan berjumlah RM8.2 bilion ringgit.

Lihat Juga Semakan Permohonan Bantuan MySalam dan Tarikh bayaran bantuan rm700

BKM Fasa 2

 

Tarikh Pembayaran BKM Fasa 2

  • Pembayaran BKM Fasa 2 dijangka akan bermula pada Bulan Jun 2022 dan akan dikreditkan secara berperingkat.

Tarikh Permohonan / Rayuan BKM

  • Bagi mereka yang tidak menerima BKM, rayuan permohonan BKM akan dibuka bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.

BKM Fasa 2

Sumber: Blogrojak.com

Semakan Permohonan BKM Fasa 2

Jumlah Bantuan BKM Isi Rumah 2022

Untuk pengetahuan anda, pembayaran BKM Fasa 2 akan melibatkan kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan akan mendapat bayaran sebanyak RM100 sehingga RM400 berdasarkan kelayakan setiap penerima. Melalui pembentangan Belanjawan 2022, bantuan akan diberi berdasarkan empat kategori berikut:

Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:

RM2,000: Lebih 3 orang anak
RM1,500: 1-2 orang anak
RM1,000: Tiada anak

Isi Rumah RM2,500 – RM5,000:
RM800: Lebih 3 orang anak
RM600: 1-2 orang anak
RM400: Tiada anak

Tambahan Kadar Isi Rumah:
RM300: Warga Emas
RM500: Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan

gambar

Jumlah Bayaran Bantuan FASA 2 Bagi Setiap Kategori

Berikut merupakan jumlah bayaran untuk fasa 2:

 

BKM Fasa 2BKM Fasa 2

BKM Fasa 2

BKM Fasa 2

Syarat Kelayakan Pemohon Isi Rumah BKM

Berikut adalah syarat kelayakan pemohon isi rumah BKM:

  • Sudah Berkahwin
  • Ibu bapa tunggal/ balu/ janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Cara Membuat Permohonan BKM

Untuk Pengetahuan anda, data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Permohonan boleh dibuat di https://bkm.hasil.gov.my/

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Myinfokerja.com

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ BKM Fasa 2 ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Join Telegram Untuk Lebih Banyak Info Bantuan dan Info Jawatan Kosong Seluruh Malaysia:

Portal Semakan

Leave a Comment