Tarikh Bayaran Terkini Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia RM2,000 Keluarga B40 2022

Bantuan Kerajaan Malaysia 2022 – Cara Mudah Memohon!

Apa itu Bantuan Kerajaan Malaysia?

Bantuan Kerajaan Malaysia adalah bantan khas daripada kerajaan yang menggantikan bantuan-bantuan lain seperti BKC, BPR, GKP dan sebagainya. Bantuan Kerajaan Malaysia BKM ini adalah bantuan yang diagihkan bagi tahun terkini iaitu 2022.

ISMAIL SABRI YAAKOB 2 resize 2

Tarikh Pembayaran

Untuk maklumat, pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali dalam masa setahun.

Tarikh pembayaran akan bermula pada bulan Mac 2022.

Cara Permohonan

Kategori 1: tidak mempunyai data di dalam LHDN

  1. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta
  2. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  3. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat
  4. Perlu membuat permohonan baharu bermula 1 Januari 2022.
  5. Permohonan boleh dibuat pada laman web https://bkm.hasil.gov.my bermula 1 Jan

Kategori 2: Pemohon perlu membuat Kemas Kini

  1. Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP, dan
  2. Penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.

Berapakah jumlah Bantuan Kerajaan Malaysia ini?

Jumlah bayaran adalah seperti berikut:

B40 – Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500

  • Tiada anak – RM1,000
  • 1-2 anak– RM1,500
  • 3 anak – RM2,000

B40 – Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM4,850

  • Tiada anak – RM400
  • 1-2 anak – RM600
  • 3 anak – RM800

M40 – Isi Rumah Berpendapatan RM4,851 – RM5,000 (kelas M1 sahaja)

  • Tiada anak – RM400
  • 1-2 anak – RM600
  • 3 anak – RM800

Bujang – Berpendapatan Kurang RM2,500

  • Menerima RM350

Cara Permohonan Step-By-Step bagi Kemaskini Permohonan

  1. Layari pautan Bantuan Keluarga Malaysia 2022
  2. Kemudian klik pada Permohonan Baharu untuk daftar atau tekan Log Masuk BKM jika ingin kemaskini permohonan
  3. Kemudian, klik pada Kemaskini Permohonan.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda dan tekan butang Semak.
  5. Isi pada setiap maklumat yang bertanda * (mandatori) dan klik butang Teruskan.
  6. Seterusnya, isi Kod Captcha dan tekan Sahkan Captcha.
  7. Sila tandakan Tick pada butang Perakuan Pemohon.
  8. Akhir sekali, tekan butang Hantar untuk teruskan permohonan.

Baca lebih lanjut cara permohonan di sini.

98

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment