(INFO TERKINI) Tarikh Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 3 Bulan Disember

Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

BKC fasa 3 merupakan bayaran terakhir untuk Bantuan Khas Covid-19 tahun 2021. Tiada lagi BKC pada tahun hadapan sebaliknya ia digantikan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022).

Untuk makluman, pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) melibatkan 3 fasa iaitu September, November dan Disember 2021.

Pun begitu, tidak semua kategori akan menerima pembayaran BKC fasa 3 bulan Disember ini pada tarikh 20 Disember.

Untuk penjelasan yang lebih lanjut, sila teliti maklumat berikut agar anda tidak keliru dengan bayaran yang akan disalurkan.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

Intipati kenyataan berita

  • Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembayaran Fasa 3 itu akan melengkapkan inisiatif BKC melibatkan sejumlah RM4.6 bilion yang dilaksanakan kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat Covid-19.
  • “Kerajaan sentiasa komited untuk memberikan bantuan dengan harapan ia dapat membantu memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini Sabtu (18 Dis).
  • Beliau berkata bayaran itu akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima, manakala mereka yang tidak mempunyai akaun bank, termasuk di Sabah dan Sarawak, akan menerima bayaran melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Permohonan Bantuan BKC

Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:

Screenshot 199

Amaun Bayaran BKC

Bayaran BKC yang akan diterima adalah seperti berikut:

Screenshot 200

Bilakah tarikh pembayaran BKC akan dibuat?

Bagi pengetahuan anda, pembayaran BKC akan dibuat dalam 3 fasa. Fasa 1 telah disalurkan bermula pada 6 September yang lalu. Fasa 3 akn disalurkan mula 20 Disember 2021.

 

Screenshot 201

Screenshot 202

Kaedah bayaran

Screenshot 203

Tarikh dan semakan status

Lihat cara dibawah untuk semakan status BKC:

  1. Buka laman web rasmi ini https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
  2. Sila Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan (Sama seperti akaun BPR anda)
  3. Rujuk pada bahagian menu semakan untuk melihat status pembayaran anda

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web LHDNM atau Soalan Lazim di sini.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment