Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bantuan RM60,000
Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bantuan RM60,000. Berikut adalah maklumat lanjut tentang apa yang anda perlu tahu mengenai Bantuan Skim Pinjaman Rumah RM60,000. Bina Rumah
Tahukah anda kerajaan telah menyediakan Skim Pinjaman Perumahan untuk golongan berpendapatan rendah (B40) bagi membantu mereka terutama golongan berpendapatan rendah memiliki rumah pertama idaman.
Semak sini: Gaji Elaun Sehingga RM3900! – TNB Ambilan Segera Jawatan Kosong
Syarat Kelayakan Permohonan
Sebelum memohon, anda perlu ikut syarat kelayakan bagi skim ini. Berikut adalah syarat-syaratnya :
– Umur antara 21 – 71 tahun.
– Bekerja dan mempunyai pendapatan.
– Bukan kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan.
– Belum ada rumah.
– Pendapatan isi rumah kasar adalah antara RM1,000 dan RM3,000 sebulan.
– Memiliki tanah sendiri atau milik ahli keluarga.
– Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
Syarat Pinjaman
Berikut adalah syarat pinjaman yang perlu anda ketahui sebelum memohon:
– Tempoh bayaran balik maksimum ialah 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
– Bayaran perkhidmatan 2% dikenakan ke atas pinjaman.
– Insurans yang disediakan oleh kumpulan insurans diperlukan.
– Had maksimum pinjaman ialah RM60,000 (tidak termasuk insurans)
Syarat Pinjaman Generasi Kedua
Perlindungan insurans hanya tersedia untuk generasi kedua. Generasi kedua mestilah anak kandung pemohon.
Pilihan Pinjaman Generasi Kedua untuk pemohon berumur 45 – 70 tahun, dengan syarat penama generasi kedua berumur 21 – 35 tahun.
Pendapatan minimum ialah RM1,000 dan bukan kakitangan kerajaan.
Syarat bagi Cagaran Tanah
Nilai tanah yang digadai (mengikut penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta) adalah tidak kurang daripada jumlah pinjaman.
Cagar tanah milik pinjamana atau tanah milik saudara terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.
Tanah yang dimiliki secara pajakan hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
Mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri untuk menggadaikan tanah. Baki tempoh pajakan tanah yang dicagarkan ialah sekurang-kurangnya 40 tahun.
Syarat Bina Rumah
Berikut pula adalah syarat pembinaan rumah atas tanah sendiri :
– Hanya pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negeri boleh digunakan, bukan pelan anda sendiri.
– Dapatkan kelulusan pelan bangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan.
– Kontraktor tempatan berdasarkan daerah DUN
– Mempunyai pendaftaran syarikat atau sijil CIDB yang sah.
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dengan had kewangan minimum RM5,000.
– Kontraktor mempunyai kepakaran berkaitan bidang pembinaan.
– Rumah kos rendah dengan keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi (3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur).
Cara Permohonan Bantuan
Lengkapkan borang permohonan dan hantar ke alamat yang ditunjukkan pada muka surat pertama borang permohonan.
Borang permohonan boleh didapati di sini, download segera :
– Borang Permohonan Bantuan Bina Atas Rumah Sendiri
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan dengan Skim Bantuan Perumahan ini, anda boleh hubungi : Bina Rumah
Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8891 4269
Emel: [email protected]
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No 51 Persiapan Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya.
Sumber : Kerajaan