Biasiswa JPA 2021 Program Ijazah Dalam Negara BARU DIBUKA! ~ Mohon Segera!

PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH PERTAMA DI BAWAH PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN 2021 – Biasiswa JPA

Apa itu PIDN Biasiswa JPA?

Permohonan biasiswa JPA di bawah PIDN ini adalah dipelawa kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

Perjanjian pinjaman dikuatkuasakan mengikut empat keadaan PBU seperti berikut:

  1. pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada
    bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam
    setelah tamat pengajian;
  2. bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima
    sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC)
    setelah tamat pengajian;
  3. bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima
    sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara
    setelah tamat pengajian; dan
  4. selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar
    balik sepenuhnya nilai pinjaman.

U1

Syarat Permohonan

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

  • Syarat Umum:
    1. Warganegara Malaysia
    2. Mempunyai kesihatan yang baik;
    3. Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
    4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;
    5.  Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
    6. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun
      bagi pelajar peralihan)
  • Syarat Khusus boleh dibaca di lama web esila JPA di sini.

Semua bidang adalah ditaja di bawah PIDN Tahun 2021 KECUALI bidang-bidang seperti berikut:

  • Bidang pendidikan;
  • Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan;
  • Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;
  • Program-program berkembar / dual ijazah / double degree dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan;
  • Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;
  • Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA; dan
  • Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian / pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.

U

U2

Bagaimana nak memohon Biasiswa JPA ini?

  1. Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my bermula 11 Mac 2021 (Khamis) hingga 23 Mac 2021 (Selasa). Permohonan ditutup pada 23 Mac 2021, jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
  2. Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2021 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  3. Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my. Calon boleh merujuk Frequently Asked Questions (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.
  4. Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga jam 4:30 petang atau emelkan kepada [email protected] (talian dan emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 11 sehingga 23 Mac 2021).
  5. Sesi soal jawab secara langsung juga diadakan sepanjang tempoh permohonan= dibuka berdurasi satu (1) jam iaitu pada jam 9.00 – 10.00 pagi dan 3.00 – 4.00 petang di pautan di sini.

Senarai universiti yang ditaja bolehlah dibaca di LAMPIRAN 1 di sini.

U3

Biasiswa JPA 2021 Program Ijazah Dalam Negara BARU DIBUKA! ~ Mohon Segera!

Diharapkan agar biasiswa JPA ini dapat membantu mereka yang berkelayakan dan berfungsi sebagai sokongan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

 

Baca juga: SEMAKAN DAN PERMOHONAN GKP 3.0 GERAN KHAS PRIHATIN 3.0 di sini.

Selamat maju jaya!

Leave a Comment