BIASISWA ISMP 2021: CARA PERMOHONAN TERKINI BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

Permohonan BIASISWA ISMP 2021 Bermula 1 Mac 2021

Apa itu BIASISWA ISMP 2021?

  • Permohonan ini dibuka kepada semua pelajar yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon biasiswa bagi pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).
  • Biasiswa ini dikhususkan untuk bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang di Universiti Awam (UA).

bia3 bia4

Siapa yang layak memohon?

Permohonan dibuka kepada pelajar Universiti Awam (UA) yang mengambil jurusan pendidikan dan memenuhi syarat permohonan.  

Berikut adalah syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon biasiswa ISMP ini:

  • Calon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari tahun permohonan;
  • Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon;

Pemohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu duga.

Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

Syarat permohonan biasiswa ini mengikut bidang boleh dibaca di sini.

jawatan kosong

 

Cara-Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang KPM di alamat https://epenawaran.moe.gov.my tertakluk kepada tempoh yang diiklankan pada tahun semasa.

Pada tahun 2021, tarikh permohonan adalah daripada: 1 Mac 2021 (Isnin), jam 5.00 petang sehingga 31 Mac 2021 (Rabu), jam 5.00 petang.

Permohonan melalui Sistem ePenawaran adalah rasmi dan sah. Justeru, borang permohonan dan salinan sijil / dokumen TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), KPM untuk sebarang tindakan lain. Dokumen ASAL perlu dibawa semasa temu duga sekiranya terpilih.

Sila baca panduan permohonan dengan lebih teliti di sini sebelum memohon.

Sila pergi laman web MOE untuk mengetahui semua Program Tajaan Biasiswa Di Bawah KPM di sini.

 

Jike ada persoalan dan pertanyaan lebih lanjut berkaitan program, sila hubungi:

Cawangan Penawaran

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 2, No. 2, Menara 2,

Jalan P5/6, Presint 5,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62200 PUTRAJAYA

No fon: 03-8881616 / 03-88706375/03-88706362

Fax: 03-88706839

E-mel: [email protected]

bia1

bia2

BIASISWA ISMP 2021: CARA PERMOHONAN TERKINI BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

Bagi mereka yang berkelayakan, silalah menghantar permohonan biasiswa ini melalui atas talian. Diharapkan agar biasiswa ini memberi semangat kepada pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih untuk cemerlang dalam pelajaran.

 

Baca juga: SEMAKAN DAN PERMOHONAN GKP 3.0 GERAN KHAS PRIHATIN 3.0 di sini.

Selamat maju jaya!

Leave a Comment