Berikan simpati kepada pencarum KWSP yang merayu seperti pengemis
Berikan simpati kepada pencarum KWSP yang merayu seperti pengemis – Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) meminta kerajaan bersimpati kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini merayu seperti pengemis.
Presiden PGIRM Azmi Mohd Tahir berkata, pencarum berkenaan tidak lagi memikirkan maruah kerana amat memerlukan wang berkenaan demi kelangsungan hidup pada hari ini.
Berikan simpati kepada pencarum KWSP yang merayu seperti pengemis
“Tolong Datuk Seri Anwar Ibrahim ada rasa sedikit empati terhadap rakyat yang merayu seperti pengemis!
“Mereka ini ada maruah tetapi keadaan sangat tertekan, maruah diketepikan,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Azmi, pencarum terbabit juga sanggup mengambil gambar di hadapan pejabat KWSP bagi menunjukkan bahawa mereka amat memerlukan wang simpanan tersebut.
Azmi berharap kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP secara bersasar sebelum sesi Persekolahan 2023/2024 dibuka.
“Rakyat sangat terdesak dan tertekan sanggup bergambar di hadapan cawangan KWSP di negeri masing-masing demi untuk menzahirkan kesusahan dan kesungguhan.
“Serta untuk membuktikan bahawa pencarum bukan suka-suka buat perkara luar jangka, ini semua disebabkan oleh kehidupan mereka benar-benar terkesan!
“Sanggupkah Kerajaan Perpaduan yang memerintah melihat keadaan ini di negara Malaysia yang tercinta! Pencarum sanggup lakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup keluarga. Mereka sudah tidak pedulikan lagi apa masyarakat lain kata,” kata Azmi.
Sebelum ini pertubuhan bukan kerajaan itu mendakwa telah menerima aduan seramai 320,000 pencarum KWSP yang terkesan.
Perdana Menteri empat hari lalu berkata, Kerajaan sedang mencari jalan yang lebih sesuai bagi mengurangkan beban rakyat tanpa mengeluarkan simpanan KWSP.
Berikan simpati kepada pencarum KWSP yang merayu seperti pengemis
Semak Juga: Sara Hidup Meningkat , KWSP Wajar Benarkan Pencarum Keluar Simpanan ikut Keperluan
Join Telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia
Anwar menegaskan, simpanan KWSP adalah perkara yang penting bagi mengelakkan rakyat ditimpa kesusahan apabila tiba masa bersara kelak.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pula berkata, rakyat perlu berhati-hati dalam pengeluaran KWSP walaupun beliau faham ia dapat membantu sesetengah keluarga atau golongan buat masa sekarang.
Namun kos yang perlu dibayar oleh mereka di kemudian hari adalah tinggi.
Menurut Rafizi, Kerajaan akan mengumumkan beberapa perkara di dalam Belanjawan 2023 bagi membantu golongan B40 terutamanya untuk menjana pendapatan tambahan tanpa perlu membuat pengeluaran KWSP.
Sumber: MalaysiaGazette