Beli Motosikal Di Bawah TEKUN RM10000
Beli Motosikal Di Bawah TEKUN RM10000 – Boleh mohon sehingga RM10,000 untuk beli motosikal di bawah TEKUN,””
Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah melalui Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, hari ini.
Salah satu inisiatif yang diperkenalkan di bawah Bajet 2023 adalah apabila Kerajaan bersetuju meneruskan Skim TEKUN Belia Mobilepreneur dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.
Berdasarkan maklumat sebelum ini, TEKUN Mobilepreneur adalah pembiayaan modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal.
Pembiayaan Beli Motosikal yang boleh dimohon adalah dari RM1,000 hingga RM10,000 bagi tujuan adalah Baik pulih motosikal, Pembelian motosikal dan Modal pusingan.
Syarat Permohonan ini adalah Warganegara Malaysia (Bumiputera / India); Pemohon bukan seorang yang muflis; Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah; dan Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
Selain itu, Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan; Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal; dan Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan;
Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT); Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.
Akan tetapi, oleh kerana Skim TEKUN Belia Mobilepreneur diperkenalkan di bawah Bajet 2023, ia hanya dapat dimohon bermula pada tahun hadapan (2023) iaitu tahun pelaksanaan Bajet ini. Berkenaan cara permohonan, ia boleh dilaksanakan di mana-mana pejabat TEKUN berdekatan.
Maklumat lengkap berkenaan inisiatif-inisiatif di bawah Bajet 2023 boleh dilihat – DI SINI.
Baca Sini: KWSP Benarkan Pengeluaran Khas Akaun 2 Bagi Pencarum Mempunyai Tujuan Seperti Yang Disenaraikan
Baca Juga: Semak Sekarang Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 2
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. – Beli Motosikal Di Bawah TEKUN RM10000