Belanjawan Madani Perincian disemak – Anwar
Belanjawan Madani Perincian disemak – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan menyemak perincian Belanjawan Madani bagi membantu memastikan tahap penyampaian yang terbaik.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata ia juga bertujuan memastikan permasalahan rakyat disantuni dengan cekap dan adil.
“Langkah ini penting bagi memastikan manfaatnya sampai kepada rakyat serta golongan masyarakat yang disasarkan kerajaan,” katanya dalam catatan di Facebooknya, hari ini.
Menurut catatan itu, Anwar berkata demikian semasa pertemuan bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) pada jamuan tengah hari sambil berbicara ringkas mengenai kepentingan untuk Ahli Parlimen memainkan peranan mereka dengan berkesan.
Belanjawan 2023, yang dibentangkan Anwar pada 24 Februari lalu memperuntukkan sejumlah RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus dan RM99 bilion untuk belanja pembangunan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
Pada 9 Mac, Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 yang juga belanjawan pertama di bawah kepimpinan Anwar, diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat.
Semak Juga: Pengambilan Tentera Udara Diraja Malaysia 2023
Mohon Juga: Cara Permohonan Bantuan Inisiatif Pendapatan Rakyat
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. – Belanjawan Madani Perincian disemak