Belanjawan 2023 lulus di Dewan Rakyat

Belanjawan 2023 lulus di Dewan Rakyat

Belanjawan 2023 lulus di Dewan Rakyat – Belanjawan pertama yang dibentangkan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan diluluskan di Parlimen hari ini, selepas majoriti ahli Dewan Rakyat menyatakan sokongan pada Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023.

Belanjawan 2023 memperuntukkan sejumlah RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion untuk perbelanjaan mengurus, manakala RM99 bilion bagi belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

RUU itu diluluskan di peringkat dasar selepas undian suara dilakukan oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul petang tadi, dengan lebih suara Ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2023 berbanding suara tidak menyokong.

Join Telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia

Belanjawan 2023 lulus di Dewan Rakyat

Baca Artikal Berkaitan: Permohonan STR FASA 2 Bujang 2023, Semakan & Jumlah Bayaran

Semak Juga: Tuntutan Pengeluaran Senarai Kategori dan Syarat Kelayakan untuk membuat pengeluaran KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Sebelum ini, kerajaan terdahulu di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentangkan Bajet 2023 pada 7 Oktober lalu, namun ia tidak sempat diluluskan kerana Parlimen dibubarkan tiga hari kemudian.

Disebabkan ia tidak sempat diluluskan, kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membentang semula belanjawan negara untuk dibahas dan diluluskan di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjadi anggota Kabinet terakhir menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, dengan sesi penggulungan kementerian bermula sejak semalam.

Selain Kementerian Kewangan, 11 lagi kementerian turut menggulung hari ini, iaitu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah; Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim; Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Kementerian Belia dan Sukan.

Pada 20 Disember tahun lalu, Perdana Menteri membentangkan peruntukan khas atau ‘belanjawan mini’ menerusi RUU Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107.72 bilion di Dewan Rakyat.

Pembentangan belanjawan mini itu membolehkan kerajaan mendapat kebenaran sementara Parlimen supaya boleh membelanjakan sebahagian anggaran perbelanjaan bagi tempoh beberapa bulan, sebelum Belanjawan 2023 dibentangkan semula.

Perbelanjaan dalam belanjawan mini itu antara lain merangkumi bayaran gaji penjawat awam, utiliti, biasiswa, bantuan kebajikan serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan, selain peruntukan untuk memastikan projek yang sedang berjalan diteruskan.

Selain itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Kementerian Komunikasi dan Digital; Kementerian Pendidikan; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Luar; Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kesihatan.

 

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

 

Leave a Comment