Bayaran Tambahan Sebanyak Rm700 Kepada Penerima BKM. Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui kerajaan pusat atau negeri bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.
Antaranya termasuklah bantuan kewangan kepada golongan B40 yang merupakan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Ia adalah melalui sebuah skim yang memberikan bantuan kewangan RM 700 kepada mereka dari kategori berkenaan.
BAYARAN TAMBAHAN RM700 SETAHUN
Ia adalah pendapatan elaun gantian hospitalisasi harian sebanyak RM 50 maksimum 14 hari bersamaan RM 700 setahun.
Melalui Skim Perlindungan Masyarakat MySalam, pihak kerajaan telah memperkenalkan perlindungan percuma kesihatan takaful kepada 6.8 juta rakyat Malaysia.
SYARAT KELAYAKAN
Bayaran Tambahan.. Penerima MySalam adalah merupakan individu yang menerima bayaran bantuan khas kerajaan, bagi program seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Rakyat dan Bantuan Keluarga Malaysia.
- Manakala, syarat lainnya adalah
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun
- Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun serta berpendapatan kurang RM 24,000 setahun
- Individu OKU berumur 18 tahun hingga 65 tahun serta berpendapatan kurang RM 24,000 setahun
SEMAK KELAYAKAN
Semakan Bayaran Tambahan dan kelayakan telah dibuka kepada individu yang ingin membuat semakan. Ia boleh terus dibuat melalui portal rasmi MySalam. https://mysalam.com.my/B40/INFO
CARA MEMBUAT TUNTUTAN
Layari portal rasmi MySalam dan log masuk menggunakan No Kad Pengenalan dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS atau kata laluan terkini.
Klik ikon TUNTUTAN, kemudian ikon PENGHANTARAN TUNTUTAN. Skrol ke bawah laman dan klik ikon TUNTUTAN HOSPITALISASI.
Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang MUAT NAIK untuk muat naik salinan nota discaj dan salinan dokumen pengenalan.
Klik butang HANTAR untuk proses tuntutan.
Baca Juga : Semakan Permohonan 2022 Bantuan Kecemasan MAIWP
Lihat Juga Di Sini : Semakan Permohonan Bantuan BPP Rm300