Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Terkini 20 April 2022 Pembayaran Dan Maksud Status Permohonan

Bayaran Pengeluaran Khas KWSP

Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP

  • Bayaran Pengeluaran Khas akan dibuat secara berperingkat bermula 20 April 2022

Cara Bayaran Pengeluaran Khas KWSP

  • Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.
  • Anda boleh menyemak status permohonan dari semasa ke sama di portal Pengeluaran Khas.

Cara Pembayaran Awal Mengikut Batch

Ramai yang keliru, bilakah tarikh pembayaran KWSP mereka mengikut batch? Kami kongsikan kepada anda cara pembayaran mengikut batch dan tarikh masing-masing:

  • Batch 21 April – 18 hb
  • Batch 23 April – 20 hb
  • Batch 24 April – 21 hb
  • Batch 25 April – 22 hb
  • Batch 28 April – 25 hb
  • Batch 29 April – 26 hb

Maksud Arahan Bayaran Pengeluaran Khas KWSP

Bagi bayaran secara Arahan Bayaran, anda akan menerima notis pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran.

Maksud Status Permohonan Anda Telah Diterima

  • Ramai keliru dengan status Pengeluaran Khas KWSP “Permohonan Anda Telah Diterima”. Ini penjelasan KWSP:
  • Permohonan Pengeluaran Khas anda telah diterima, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.
    Anda boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa di Portal Pengeluaran Khas

Status Permohonan Diterima Bukan Bermaksud Ditolak

  • Walaupun ramai yang risau dan keliru dengan status permohonan mereka yang diterima, anda jangan risau kerana proses semakan sedang dilakukan secara berperingkat-peringkat daripada semasa ke semasa.
  • Sekiranya anda semak hari ini, status permohonan anda masih berstatus diterima, anda boleh lagi semak keesokan harinya untuk mengetahui status lulus Pengeluaran Khas KWSP anda. Ada rezeki, giliran anda juga akan lulus.

Bayaran Pengeluaran Khas KWSP

Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

  1. Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  2. Klik ‘Teruskan’
  3. Klik ‘Semakan Status Permohonan’
  4. Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
  5. Isi No Telefon Bimbit
  6. Sahkan Captcha
  7. Klik ‘Semak Status’
  8. Keputusan Permohonan Dipaparkan
    Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
  9. Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
  10. Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
  11. Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa

Maklumat Lanjut

Anda boleh layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848

Baca Juga: Pengeluaran Khas KWSP  Umum Tentang Tarikh Bayaran Semakan Status Permohonan Yang LULUS

Leave a Comment