Pinjaman Bayaran Pendidikan Yayasan Negeri Pahang 2022

Pinjaman Bayaran Pendidikan Yayasan Negeri Pahang 2022

Pinjaman Bayaran Pendidikan Yayasan Negeri Pahang 2022. Langkah ini juga dilaksanakan bagi membantu sebahagian besar rakyat termasuk peminjam-peminjam yang terkesan akibat penularan COVID-19 sejak 2 tahun lalu serta ekoran peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Bayaran Pendidikan Yayasan Negeri Pahang, adalah Langkah merupakan tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang bagi membantu para peminjam menyelesaikan baki pinjaman sekaligus membolehkan lebih ramai lagi anak-anak Pahang berpeluang membuat pinjaman dengan Yayasan Pahang bagi mendapatkan akses pendidikan yang sempurna serta melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Bersempena ulang tahun ke-40 penubuhan Yayasan Pahang (1982 – 2022), Kerajaan Negeri Pahang menerusi Yayasan Pahang menawarkan diskaun 40 peratus bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang kepada peminjam-peminjam sedia ada.

Kempen 40% Diskaun Bayaran Pendidikan Yayasan Negeri Pahang

Sejak penubuhannya sehingga kini (1982 – 2021), Yayasan Pahang telah membelanjakan sebanyak RM1.4 bilion untuk pinjaman pendidikan bagi manfaat 1.684 juta orang penerima di seluruh Pahang.

Untuk makluman, pada tahun 2021, Yayasan Pahang pernah menawarkan pemberian diskaun 20 peratus dan sepanjang tempoh tersebut, seramai 608 peminjam telah menyelesaikan baki hutang dengan implikasi rebat sebanyak RM719,259.26 serta pengurangan pinjaman sebanyak RM3.6 juta dengan Bayaran Pendidikan Yayasan Negeri Pahang ini .

Diskaun 40 peratus ini akan diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan bayaran secara penuh ke atas baki pinjaman termasuk baki caj-caj lain bermula 1 Ogos hingga 31 Disember 2022.

Kempen diskaun 40% ini diumumkan oleh Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail bersempena ulang tahun ke 40 penubuhan Yayasan Pahang.

Baca Juga:

Bayaran Pendidikan Yayasan Negeri Pahang

Pulangan Pinjaman Diskaun 40% Bayaran Pendidikan Yayasan Negeri Pahang

Terdapat beberapa kaedah untuk bayaran balik pinjaman pendidikan YP sebagaimana yang tertera dari laman portal Bayaran Pendidikan Yayasan Negeri Pahang. Kempen diskaun 40% ini ditawarkan kepada peminjam yang menyelesaikan bayaran secara sekaligus ke atas baki pinjaman termasuk baki caj-caj lain. Tiada had baki pinjaman.

Bayaran Pendidikan Yayasan Negeri Pahang

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Tuan/puan dikehendaki untuk menghubungi Unit Bayaran Balik Yayasan Pahang dan KWSP bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP untuk menyelesaikan baki pinjaman pendidikan Yayasan Pahang.

Tunai / Debit Kad / Kredit Kad

Pembayaran boleh dibuat di kaunter bayaran balik seperti berikut:

Kaunter Bayaran Balik di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan.
(Waktu operasi : 8.00 pagi hingga 4.30 petang – Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum)
Kaunter Yayasan Pahang di UTC Pahang, Kuantan. (Waktu operasi : 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali cuti umum)

PERINGATAN

Tuan/Puan dinasihatkan supaya TIDAK MEMBUAT BAYARAN melalui kaedah berikut bagi mengelakkan bayaran tidak dapat dikenalpasti oleh Yayasan Pahang

1. Bayaran melalui Kaunter Perkhidmatan Bank;

2. Bayaran melalui Cash Deposit Machine (CDM)

  • Potongan Gaji

Mengisi Borang Potongan Gaji dan dikembalikan ke YP untuk urusan pemotongan gaji kepada majikan.

  • Direct Debit

Mengisi Borang Direct Debit dan dikembalikan kepada YP untuk urusan dengan bank.

Bayaran Pendidikan Yayasan Negeri Pahang

Maklumat Lanjut

Tuan/Puan boleh menghubungi senarai berikut sekiranya ada sebarang persoalan dan pertanyaan lanjut;

  • Pn. Nur Arina Bt Sallehuddin (Tel : 09-518 1800 Ext 183)
  • En. Mohd Amirul B. Kamarozaman (Tel : 09-518 1800 Ext 898)
  • Talian Whatsapp : 011-1664 1800 dan 011-1663 1800
  • Pn. Rohana Bt Khamdan (Tel : 09-518 1800 Ext 120)
  • Pn. Suzilawati Bt Zakaria (Tel : 09-518 1800 Ext 186)

Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Sumber: Yayasan Pahang

Leave a Comment