Jadual Bayaran KWSP Pengeluaran Khas Terkini April 2022

Bayaran KWSP Mengikut Jadual Batch

Tarikh Bayaran KWSP Pengeluaran Khas

  • Bayaran Pengeluaran Khas akan dibuat secara berperingkat bermula 20 April 2022

Ramai pencarum masih keliru dengan status permohonan diterima yang muncul di permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 mereka. Mereka risau adakah permohonan mereka ini ditolak? Tidak diterima? Atau masih dalam tempoh semakan secara berperingkat?

Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini maksud status permohonan diterima menurut KWSP.

bayaran KWSP

Cara Bayaran KWSP Pengeluaran Khas

Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

Anda boleh menyemak status permohonan dari semasa ke sama di portal Pengeluaran Khas.

Maksud Arahan Bayaran KWSP Pengeluaran Khas

Bagi bayaran secara Arahan Bayaran, anda akan menerima notis pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran.

Maksud Status Permohonan Anda Telah Diterima

Ramai keliru dengan status Pengeluaran Khas KWSP “Permohonan Anda Telah Diterima”. Ini penjelasan KWSP:

  • Permohonan Pengeluaran Khas anda telah diterima, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.
  • Anda boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa di Portal Pengeluaran Khas

Status Permohonan Diterima Bukan Bermaksud Ditolak

Walaupun ramai yang risau dan keliru dengan status permohonan mereka yang diterima, anda jangan risau kerana proses semakan sedang dilakukan secara berperingkat-peringkat daripada semasa ke semasa.

Sekiranya anda semak hari ini, status permohonan anda masih berstatus diterima, anda boleh lagi semak keesokan harinya untuk mengetahui status lulus Pengeluaran Khas KWSP anda. Ada rezeki, giliran anda juga akan lulus.

Cara Pembayaran KWSP Awal Mengikut Batch

Bayaran KWSP

Ramai yang keliru, bilakah tarikh pembayaran KWSP mereka mengikut batch? Kami kongsikan kepada anda cara pembayaran mengikut batch dan tarikh masing-masing:

  • Batch 21 April – 18 hb
  • Batch 23 April – 20 hb
  • Batch 24 April – 21 hb
  • Batch 25 April – 22 hb
  • Batch 28 April – 25 hb
  • Batch 29 April – 26 hb

Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

bayaran KWSP

Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

  • Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  • Klik ‘Teruskan’
  • Klik ‘Semakan Status Permohonan’
  • Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
  • Isi No Telefon Bimbit
  • Sahkan Captcha
  • Klik ‘Semak Status’
  • Keputusan Permohonan Dipaparkan
  • Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
  • Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
  • Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
  • Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa
  • Ikuti Channel Telegram Rasmi di sini: http://t.me/pakejbantuankerajaan
  • Segala perkembangan terkini akan kami kongsikan pada Channel Telegram tersebut
  • Rancang perbelanjaan anda dan selamat maju jaya kami ucapkan

Baca Juga: Ini Maksud Kena Ganti RM12,000 Kalau Keluar RM10,000

KEMASKINI RASMI:

Buat masa ini, penukaran nombor telefon TAC hanya boleh dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan cap ibu jari. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasinya. -SNS

Maklumat Lanjut: 

Anda boleh layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848

Baca juga: Cara Mohon Biasiswa Zamalah

Baca juga: KWSP Umum Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas Selepas Raya

Join juga Telegram Kami – myInfokerja.com :

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Bayaran KWSP ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih

 

Leave a Comment