APAKAH ITU BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)?
- Bantuan Prihatin Rakyat 2021 adalah mensasarkan golongan B40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah
- Pemohon yang layak boleh membuat permohonan semasa tempoh pendaftaran secara dalam talian atau hadir ke Cawangan LHDNM
- Penambahbaikan BPR telah diumumkan pada 17 Mac 2021, di bawah pakej PEMERKASA
–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan
Untuk makluman, tarikh bayaran BPR Tambahan bagi rayuan BPR adalah sebagaimana berikut
- Ada akaun (BSN) – bayaran mulai 28 September 2021 secara berperingkat
- Ada akaun (Selain BSN) bayaran mulai 4 Oktober secara berperingkat
- Tiada Akaun – Penunaikan di kaunter Bank SImpanan Nasional (BSN) mulai 4 Oktober
Anda boleh membuat semakan BPR tambahan ini di portal rasmi BPR iaitu
Anda boleh membuat semakan pada MyBPR > Semakan Status > Maklumat Pembayaran bagi Fasa Ketiga / Rayuan BPR 2021.
Syarat kelayakan bantuan
Kategori kelayakan untuk BPR 2021 adalah seperti berikut:
1. Isi Rumah
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
- Bujang termasuklah Orang Kelainan Upaya (OKU) berumur 60 tahun dan ke atas
2. Bujang
- Bujang atau Ibu ataupun Bapa Tunggal / Balu Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
- Had umur:
- 21 tahun sehingga 59 tahun; atau
- 18 tahun sehingga 59 tahun bagi kategori OKU
Kriteria Kelayakan
Untuk memeohon BPR 2021, perlulah memenuhi kelayakan berdasarkan kategori iaitu:
A. Isi Rumah
1. Permohon
- Warganegara Malaysia (MyKad) yang tinggal menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga serta tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar
- bulanan isi rumah sebanyak RM5,000 dan ke bawah
2. Pasangan
- Merupakan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
- Merupakan Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
3. Anak (Sekiranya mempunyai anak)
- Hubungan dengan anak mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan
- Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
- Merupakan Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan Dikeluarkan oleh: Lembaga Hasil Dalam
- Negeri Malaysia (LHDNM)
- Anak adalah tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
- Had umur:
- 17 tahun dan ke bawah; atau
- 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta
Bujang
- Merupakan Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
- Mempunyai Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
- Lelaki atau wanita yang berumur:
- 21 tahun hingga 59 tahun; atau
- 18 tahun sehingga 59 tahun untuk ketegori OKU
Maklumat lanjut
Untuk info lanjut tentang bantuan Prihatin Rakyat Fasa Ketiga ini, anda boleh rujuk di sini.
Layari portal BPR di sini.
–> Sila baca Permohonan Tuntutan Bantuan MySalam Covid-19 Sehingga RM700!