Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 One-Off RM500 (Dibuka 15-30 Jun 2021)

Bantuan Zakat MAIWP

Sistem Permohonan ez-Zakat

Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Bantuan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

Bantuan kecemasan COVID-19 3.0 secara one-off akan disalurkan secara AUTOMATIK bagi penerima bantuan kecemasan COVID-19 2.0 (November-Disember 2020).

–> Sila baca BPR Tambahan RM500 PKP 3.0 Pada Hujung Jun 2021~ tarikh bayaran dan semakan

Siapakah yang boleh memohon? Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan bagi mereka yang ingin memohon bantuan zakat kecemasan MAIWP ini:

  1. Pemohon adalah golongan B40 yang mana pendapatan mereka terjejas.
  2. Pemohon mestilah tinggal di Wilayah Persekutuan sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.
  3. Pemohon tidak tergolong dalam penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.
  4. Pemohon adalah bukan penerima Bantuan Kecemasan COVID-19 2.0.

Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP

Cara-Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat.
  2. Klik bahagian ‘Sila Semak dalam Senarai Penerima’ dan masukkan no kad pengenalan serta klik butang ‘Semak.’
  3. Jika tiada dalam senarai penerima, anda boleh membuat permohonan baharu.
  4. Klik pada bahagian ‘Pengguna Baru,’ isikan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Di bahagian maklumat pemohon, isikan maklumat yang diperlukan.
  7. Pemohon juga perlu memuat naik dokumen yang diperlukan.
  8. Kemudian, klik bahagian ‘Hantar Bantuan Permohonan.’
  9. Kemudian klik butang ‘Hantar Permohonan.’

Manual Pengguna e-Zakat

Bagi mereka yang ingin membaca manual pengguna yang lebih terperinci untuk memohon bantuan ini, sila rujuk di sini.

Semakan Permohonan

Bagi anda yang telah memohon dan ingin menyemak status permohonan, bolehlah masukkan I.C ketua keluarga di sini.

Sila masukkan No. K/P penerima (Ketua Keluarga) dan tekan butang semak untuk semakan penerima yang telah tersenarai secara automatik. Sekiranya nama tidak tersenarai, anda boleh memohon permohonan ez-Zakat 3.0 yang baharu.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai bantuan zakat kecemasan ini, sila hubungi Talian Hotline:

  • Kuala Lumpur: 012-518 3614/012-512 7614/019-200 7623
  • Putrajaya: 011-5949 6216/011-6303 8443
  • Labuan: 013-581 6066

–> Sila baca TERKINI: PEMERKASA Bantuan RM500 ‘one-off’ untuk golongan B40 – permohonan & tarikh bayaran

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment