Bantuan Yuran Subsidi Taska RM180 Sebulan Untuk Seorang Anak
Bantuan Yuran Subsidi Taska RM180 Sebulan Untuk Seorang Anak – Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
– Pemberian yuran subsidi sebanyak RM180 bagi seorang anak bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat awam yang perlu menghantar anak ke Taska.
– Kadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai tersebut berkhidmat.
– Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai Perkhidmatan Awam dinaikkan daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 sebulan.
– Sekiranya kadar yuran melebihi RM180.00 sebulan untuk seorang anak, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan.
Bantuan Yuran Subsidi Taska RM180 Sebulan Untuk Seorang Anak
Semak Juga: Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka
Mohon Juga: JAWATAN KOSONG PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
Bantuan Yuran Subsidi Taska RM180 Sebulan Untuk Seorang Anak
Syarat Kelayakan
– Penjawat awam bergaji RM7,000 ke bawah
– Anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska
– Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan JKM
Bantuan Yuran Subsidi Taska RM180 Sebulan Untuk Seorang Anak
Cara memohon
– Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.
– Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut.
– Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:
Salinan penyata gaji
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri
Salinan penyata gaji suami/isteri
Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai
– Untuk memohon, sila muat turun Lampiran A bagi mendapatkan Borang Permohonan Subsidi Yuran Taska.
Bantuan Yuran Subsidi Taska RM180 Sebulan Untuk Seorang Anak
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. – Bantuan Yuran Subsidi Taska RM180 Sebulan Untuk Seorang Anak