Bantuan Warga Emas: Kelayakan & Permohonan

Bantuan Warga Emas: Kelayakan & Permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan dan cara memohon bantuan warga emas sebanyak rm500.

Untuk pengetahuan semua bantuan ini merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluiarga dan Masyarakat yang diuruskan oleh pihak JKM.

Tujuan bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bantuan kebajikan orang tua atau warga emas ini akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Cara Membuat Permohonan

Berikut adalah cara membuat permohonan bantuan warga emas ini:

Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.

Bawa dokumen Sokongan seperti Kad pengenalan pemohon, Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ atau anak yang tinggal bersama.

Bawa juga salinan sijil kelahiran anak-anak atau ahli keluarga yang tinggal bersama serta salinan penyata gaji (jika ada).

Bawa juga dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

bantuan warga emas

  • Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
  • Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun

Kelayakan Permohonan

Orang tua atau warga emas yang ignin memohon bantuan tersebut haruslah memenuhi segala syarat kelayakan seperti berikut:

Pemohon adalah warganegara dan bermastatutin di Malaysia serta Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi RUmah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa

Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalina JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma

Mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Bawa bersama dokumen berikut ketika hadir di pejabat JKM:

  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan
  • Salinan kad pengenalan diri pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama

Maklumat Lanjut

Anda boleh menghubungi JKM di 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran anda.

Jika anda mempunyai masalah atau pertanyaan berkenaan dengan permohonan Bantuan Warga Emas ini, anda boleh menghubungi terus JKM di 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran anda.

Disclaimers – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih.

Lihat di sini : Permohonan Bantuan RM 600

Lihat Juga : Permohonan Online Baharu Kwsp i Lindung 2022 Terkini 

Leave a Comment